{"id":26791,"date":"2024-11-18T04:35:51","date_gmt":"2024-11-18T04:35:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26791"},"modified":"2024-11-18T07:10:41","modified_gmt":"2024-11-18T07:10:41","slug":"dun-sabah-sabah-catat-penurunan-besar-kedatangan-pelancong-ketika-covid-19-christina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dun-sabah-sabah-catat-penurunan-besar-kedatangan-pelancong-ketika-covid-19-christina\/","title":{"rendered":"DUN Sabah : Sabah catat penurunan besar kedatangan pelancong ketika Covid-19 : Christina"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Sabah hanya mencatat seramai 977,460 pelancong sejak berlakunya kesan besar dalam pandemik COVID-19 di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri Pelancongan, Kebudayan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, penurunan itu dikenal pasti sebanyak -77 peratus sebelum jatuh ke paras terendah iaitu 371,187 pelawat pada tahun 2021. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, jumlah ini hampir sama dengan jumlah pelawat yang direkodkan pada tahun 1997.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSektor pelancongan kemudiannya kembali pulih secara beransur-ansur apabila dengan pembukaan sempadan antarabangsa pada April 2022. <\/span><\/p>\n<p class=\"p4\"><span class=\"s1\">\u201cJumlah ketibaan pelawat pada tahun sama adalah seramai 1,727,740 manakala pada tahun 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p4\"><span class=\"s1\">\u201cNegeri Sabah menerima pelawat berjumlah 2,613,272<\/span><span class=\"s1\">orang<\/span> <span class=\"s1\">pelancong iaitu berlaku peningkatan sebanyak 51 peratus pada tahun 2023,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p4\"><span class=\"s1\">Beliau menjawab pertanyaan lisan dalam sesi soal jawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Silam, Dumi Pg. Masdal pada persidangan Sidang DUN Sabah, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p4\"><span class=\"s1\">Christina berkata, pada tahun 2000, sektor pelancongan negeri merekodkan jumlah ketibaan pelawat seramai 774,475 orang. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDaripada jumlah tersebut, 365,537 merupakan pelawat domestik manakala 408,938 merupakan pelawat antarabangsa. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada tahun tersebut juga, Sabah hanya mempunyai 173 jumlah penerbangan seminggu dengan kapasiti penumpang sebanyak 21,135 menghubungkan ke tujuh destinasi domestik di Semenanjung Malaysia dan Sarawak,\u201d jelas Christina.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, pada akhir tahun 2000, Sabah dihubungkan ke sembilan destinasi antarabangsa melalui 55 jumlah penerbangan seminggu dengan kapasiti penumpang sebanyak 21,135.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelepas 10 tahun iaitu pada tahun 2010, jumlah tersebut meningkat kepada 2,504,669 pelawat iaitu peningkatan purata sebanyak 22.3 peratus <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDaripada jumlah tersebut, 1,708,716 merupakan pelawat domestik dan 795,953 merupakan pelawat antarabangsa,\u201d kata Christina.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pada tahun 2019, Sabah merekodkan jumlah ketibaan pelawat tertinggi iaitu seramai 4,195,903 pelawat manakala 2,726,428 merupakan pelawat domestik serta 1,469,475 merupakan pelawat antarabangsa. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJumlah ini melebihi lima kali ganda daripada jumlah ketibaan yang direkodkan pada tahun 2000. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada tahun tersebut, Sabah dihubungkan ke 21 destinasi antarabangsa melalui 223 kekerapan penerbangan seminggu dengan 37,826 kapasiti penumpang seminggu,\u201d tambah Christina.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Sabah hanya mencatat seramai 977,460 pelancong sejak berlakunya kesan besar dalam pandemik COVID-19 di negeri ini. Menteri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26792,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26791","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26791","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26791"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26791\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26801,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26791\/revisions\/26801"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26792"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26791"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26791"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26791"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}