{"id":26977,"date":"2024-11-27T02:19:20","date_gmt":"2024-11-27T02:19:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=26977"},"modified":"2024-11-27T02:19:20","modified_gmt":"2024-11-27T02:19:20","slug":"badan-berkanun-glc-negeri-perlu-sokong-aspirasi-kerajaan-negeri-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/badan-berkanun-glc-negeri-perlu-sokong-aspirasi-kerajaan-negeri-hajiji\/","title":{"rendered":"Badan Berkanun, GLC Negeri perlu sokong aspirasi kerajaan negeri &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Badan-badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) menyokong aspirasi kerajaan untuk pembangunan ekonomi negeri secara holistik sekali gus dapat menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, sesuai objektif mewujudkan Badan Berkanun dan GLC negeri, beliau mahu mereka memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya ini penting bagi melaksanakan aktiviti pembangunan sosioekonomi bagi membantu mencapai objektif untuk mensejahterakan rakyat negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSeiring dengan usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini, saya mahu Badan Berkanun dan GLC Negeri mencetus kreativiti dan daya cipta dalam meneroka peluang-peluang perniagaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSama ada menceburi perniagaan baharu atau mewujudkan jalinan kerjasama sesama agensi kerajaan negeri lain, selagi ia tidak bercanggah dengan objektif penubuhan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSetia agensi perlu bijak dan berhemah dalam perbelanjaan dan mengutamakan pulangan yang perlu dicapai agar dapat memelihara kebajikan syarikat, mengekalkan prestasi dan menyumbang kepada sosioekonomi negeri\u201d, katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, beliau mahu semua Badan Berkanun dan GLC Negeri pelantikan ALP, kenaikan elaun, kemudahan-kemudahan, dan permohonan pemberian (grant) perlu mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada peraturan yang ditetapkan sama ada melalui Akta Syarikat, enakmen atau pekeliling kewangan semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAspek penting yang perlu sentiasa diamalkan adalah pematuhan kepada undang-undang dan peraturan semasa yang berkuatkuasa,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, beliau percaya melalui penerapan prinsip tadbir urus baik, akan membantu ALP menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni sekali gus memandu organisasi melaksanakan mandatnya dan mencapai sasaran ditetapkan, supaya pelaburan kerajaan mendapat pulangan sewajarnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya ingin tegaskan di sini, jawatan ALP bukanlah satu keistimewaan, tetapi merupakan satu amanah untuk menahkoda sesebuah agensi ke arah pencapaian hala tuju,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, selain memberikan nilai tambah kepada organisasi dan menjaga kepentingan serta harapan stakeholder, ALP perlu mengutamakan peraturan, tadbir urus korporat dan menjunjung tinggi integriti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita menggesa semua ALP dan pengurusan GLC supaya melipatgandakan usaha, beramanah, berintegriti dan melaksanakan tadbir urus baik dalam syarikat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerjasama dan kesefahaman di antara ALP Pengurusan Tertinggi sangat penting dalam merancang strategi terbaik sebagai sebuah agensi,\u201d tambah Hajiji.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Badan-badan Berkanun Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) menyokong aspirasi kerajaan untuk pembangunan ekonomi negeri secara holistik&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":26978,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-26977","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26977","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26977"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26977\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26979,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26977\/revisions\/26979"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26978"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}