{"id":27204,"date":"2024-12-11T04:13:28","date_gmt":"2024-12-11T04:13:28","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=27204"},"modified":"2024-12-11T04:13:33","modified_gmt":"2024-12-11T04:13:33","slug":"dap-sabah-diberi-mandat-tentu-kedudukan-dalam-kerajaan-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dap-sabah-diberi-mandat-tentu-kedudukan-dalam-kerajaan-negeri\/","title":{"rendered":"DAP Sabah diberi mandat tentu kedudukan dalam kerajaan negeri"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : DAP Sabah diberi mandat mengkaji kedudukannya dalam pentadbiran Sabah susulan dakwaan rasuah perlombongan mineral dikaitkan beberapa Adun kerajaan di negeri itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata,Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang bermesyuarat malam tadi telah diberi penerangan secara terperinci oleh Ketua DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cCEC menegaskan pendirian DAP yang tidak berkompromi dengan segala amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan serta menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes tersebut dengan tegas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cCEC telah memberikan mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan DAP dalam pentadbiran kerajaan Sabah dan mengambil tindakan selanjutnya,\u201d katanya dalam kenyataan di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">DAP mempunyai dua wakil dalam kerajaan Sabah iaitu Phoong sebagai menteri pembangunan perindustrian dan keusahawanan manakala Adun Likas Tan Lee Fatt diberi amanah timbalan menteri kewangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Penyertaan mereka susulan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas kegagalan gerakan politik dikenali \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa dirancang Umno pada Jan tahun lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebelum ini, sebuah portal melaporkan ada lapan video daripada pemberi maklumat menunjukkan perbincangan antara ahli perniagaan dan Adun mengenai rasuah untuk lesen projek.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Peguam kepada pemberi maklumat itu berkata anak guamnya bersedia memberikan bukti kepada SPRM jika agensi antirasuah itu boleh memberi jaminan bahawa dia tidak akan disiasat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki membidas helah itu dan meminta bukti diberikan supaya siasatan dapat dibuat segera.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kelmarin, Azam mengesahkan pemberi maklumat itu masih enggan menyerahkan bukti yang dimilikinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan akan membantu SPRM menyiapkan siasatan kes.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : DAP Sabah diberi mandat mengkaji kedudukannya dalam pentadbiran Sabah susulan dakwaan rasuah perlombongan mineral dikaitkan beberapa Adun&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":27205,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-27204","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27204","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27204"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27204\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27206,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27204\/revisions\/27206"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27205"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27204"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27204"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27204"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}