{"id":27207,"date":"2024-12-11T05:51:16","date_gmt":"2024-12-11T05:51:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=27207"},"modified":"2024-12-11T05:52:38","modified_gmt":"2024-12-11T05:52:38","slug":"bung-moktar-diingatkan-agar-tidak-menjaga-tepi-kain-orang-fokus-kepada-isu-sebenar-nizam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bung-moktar-diingatkan-agar-tidak-menjaga-tepi-kain-orang-fokus-kepada-isu-sebenar-nizam\/","title":{"rendered":"Bung Moktar diingatkan agar tidak menjaga tepi kain orang, fokus kepada isu sebenar &#8211; Nizam"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dinasihatkan agar tidak menjaga tepi kain orang, fokus pada isu sebenar sekali gus patuh kepada undang-undang negara tanpa membuat tuduhan secara melulu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jika dilihat ucapan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">semasa merasmikan Pelancaran Jentera Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mengandungi sebarang unsur hasutan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sebaliknya ucapan tersebut hanya memberi semangat kepada jentera pemuda bersama misi serta perjuangan parti menekankan prinsip \u2018Rumah Kita, Kita Jaga.\u2019<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPrinsip ini menyeru pemuda untuk mempertahankan apa yang menjadi hak mereka dan berhati-hati dengan musuh dalam selimut dilihat cuba untuk merampasnya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPersoalannya, mengapa Ketua UMNO Sabah begitu terkesan dengan ucapan ini? Adakah beliau secara tidak langsung mengakui bahawa UMNO adalah musuh dalam selimut untuk Kerajaan Negeri Sabah,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, sebagai ahli politik yang berpengalaman, tidak wajar bagi Bung Moktar menyerang Dr. Jeffrey secara peribadi dengan mengungkit perjalanan politiknya yang penuh liku. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApa kaitan perjalanan politik seseorang pemimpin dengan isu ini?. Sebagai seorang pemimpin yang pernah menjadi sebahagian daripada Kerajaan GRS dan menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag serta Parlimen Kinabatangan atas sokongan ahli ahli GRS, Bung sepatutnya menyokong prinsip \u2018Rumah Kita, Kita Jaga.\u2019<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun, nampaknya (Bung Moktar) beliau masih sukar menerima hakikat bahawa era Barisan Nasional (BN) sudah berlalu. Kini adalah era GRS, dengan misi yang jelas serta perjuangan rakyat Sabah yang dipacu oleh Plan Sabah Maju Jaya (SMJ),\u201d jelas Nizam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, Bung Moktar seharusnya sedar rakyat Sabah kini semakin memberi sokongan kepada parti tempatan yang memahami keperluan serta aspirasi mereka. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSerangan Bung Moktar terhadap prinsip \u2018Rumah Kita, Kita Jaga\u2019 hanya menonjolkan keresahannya bersama UMNO terhadap sokongan rakyat yang semakin berkurangan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSeperti dinyatakan Dr. Jeffrey, rakyat Sabah perlu bersatu bersama pemimpin untuk menolak kaedah pecah dan perintah merosakkan pembangunan, ekonomi dan sosial negeri Sabah selama puluhan tahun di bawah pentadbiran UMNO.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDr. Jeffrey berhujah berasaskan fakta, bukan retorik politik. Bung Moktar sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan selama beberapa penggal, pastinya sedar kawasan tersebut masih mundur dan daif,\u201d kata Nizam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sudah tentu menurut Nizam Ini adalah bukti jelas kegagalan model pentadbiran yang beliau wakili selama ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cLebih mengejutkan, Bung Moktar memberikan kepercayaan kepada rakaman video yang meragukan dan jelas memiliki motif politik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAdakah Bung Moktar sebahagian daripada komplot ini sehingga bertindak menjadi pendakwa dan hakim sekali gus,\u201d tambah Nizam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, sebagai pemimpin, Bung Moktar seharusnya lebih bijak memahami bahawa mana-mana rakaman video, audio atau gambar disunting dan tidak memiliki kredibiliti tidak akan diterima sebagai bukti di mahkamah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAdalah lebih baik (Bung Moktar) beliau sendiri fokus dengan tuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya,\u201d kata Nizam.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dinasihatkan agar tidak menjaga tepi kain orang, fokus pada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":27208,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-27207","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27207","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27207"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27207\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27209,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27207\/revisions\/27209"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27208"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27207"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27207"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27207"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}