{"id":27317,"date":"2024-12-19T06:41:10","date_gmt":"2024-12-19T06:41:10","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=27317"},"modified":"2024-12-19T06:41:10","modified_gmt":"2024-12-19T06:41:10","slug":"pembangunan-infrastruktur-asas-utiliti-perlu-perhatian-khusus-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pembangunan-infrastruktur-asas-utiliti-perlu-perhatian-khusus-hajiji\/","title":{"rendered":"Pembangunan infrastruktur asas, utiliti perlu perhatian khusus &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Pengukuhan infrastruktur asas dan utiliti adalah salah satu aspek pembangunan yang kritikal dan memerlukan perhatian khusus di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, beliau mahu kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur asas dan utiliti di negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK- 13).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, penyediaan utiliti asas termasuk bekalan air bersih dan elektrik yang lengkap, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah aspek penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni sekali gus dapat merangsang pelbagai aktiviti seperti pertumbuhan ekonomi dan pelaburan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni penting bagi mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan sosioekonomi yang mampan di Sabah,\u201d katanya hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Teksnya disampaikan Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, jurang pembangunan yang signifikan antara bandar dan luar bandar di Sabah merupakan cabaran yang perlu diatasi secara kolektif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan negeri percaya bahawa pembangunan yang seimbang adalah kunci kepada kesejahteraan masyarakat. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni seiring dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memastikan setiap rakyat, tanpa mengira lokasi geografi, dapat menikmati manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, Sabah merupakan penyumbang keenam kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nasional dengan nilai sebanyak RM83.2 billion atau 5.3 peratus daripada keseluruhan KDNK negara pada tahun 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSabah sebenarnya mempunyai kapasiti untuk meningkatkan lagi prestasi ekonomi negeri dan mampu memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada KDNK nasional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUntuk memperkasa ekonomi negeri, tumpuan utama kerajaan kini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan sektor perniagaan dan pelaburan serta memacu aktiviti ekonomi berimpak tinggi,\u201d kata Hajiji.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pengukuhan infrastruktur asas dan utiliti adalah salah satu aspek pembangunan yang kritikal dan memerlukan perhatian khusus di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":27318,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-27317","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27317","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27317"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27317\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27319,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27317\/revisions\/27319"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27318"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27317"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27317"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27317"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}