{"id":27669,"date":"2025-01-13T05:36:14","date_gmt":"2025-01-13T05:36:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=27669"},"modified":"2025-01-13T05:36:14","modified_gmt":"2025-01-13T05:36:14","slug":"bung-moktar-gesa-grs-henti-salahkan-orang-lain-isu-rasuah-adun-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bung-moktar-gesa-grs-henti-salahkan-orang-lain-isu-rasuah-adun-sabah\/","title":{"rendered":"Bung Moktar gesa GRS henti salahkan orang lain isu rasuah ADUN Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mengaitkan pembangkang dengan penyebaran video skandal \u2018ADUN Rasuah\u2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar berkata, kenyataan itu dilihat cuba mengalih perhatian rakyat terhadap kes tuduhan rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Sabah termasuk Masiung sendiri dengan menuding jari ke arah pembangkang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, video skandal \u2018ADUN Rasuah\u2019 itu dilakukan oleh individu yang tiada kaitan dengan parti politik BN dan tidak adil rasanya Masiung mahu mengaitkan pembangkang di Sabah dalang penyebaran video berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya berasa hairan dengan tuduhan itu kerana pihak kami telah menafikan sebarang penglibatan dalam penghasilan atau penyebaran video berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai wakil rakyat, Masiung sepatutnya bertanggungjawab terhadap perbuatan sendiri. Jangan hanya berani bertindak, tetapi takut untuk menghadapi akibatnya,\u201d katanya dalam kenyataan media, di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar berkata, beliau ingin mengingatkan Masiung dan pihak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tentang fakta yang tidak dapat disangkal berkaitan isu dakwaan ADUN rasuah ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam semua video yang ditularkan itu, termasuk membabitkan Masiung sendiri, jelas menunjukkan urusan rundingan yang berlaku hanya melibatkan wakil-wakil rakyat GRS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTiada kelibat atau penglibatan mana-mana individu dari pihak pembangkang. Rundingan dan perbincangan itu adalah urusan dalaman mereka yang akhirnya menemui jalan buntu,\u201d jelas Bung Moktar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, rakaman yang tular juga menunjukkan bukti perbualan wakil rakyat GRS terlibat secara langsung dalam penerimaan wang, seperti yang dapat dilihat dan didengar dalam setiap video.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni adalah bukti jelas salah laku yang melanggar undang-undang, tanpa sebarang kaitan dengan pembangkang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJika benar tuduhan itu tidak benar, mengapa sehingga hari ini tiada tindakan saman diambil terhadap media atau pihak yang menyebarkan video berkenaan,\u201d kata Bung Moktar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menjelaskan beliau ingin menasihatkan pihak kerajaan GRS agar berhenti membuat tuduhan tidak berasas terhadap pihak pembangkang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUntuk makluman, UMNO-BN tidak perlu bermain politik kotor kerana saya yakin rakyat Sabah tahu apa sebenarnya yang berlaku.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRakyat Sabah semakin matang dan bijak menilai, dan tindakan sebegini hanya akan membuka mata mereka tentang siapa yang sebenarnya bertanggungjawab dalam isu ini,\u201d tambah Bung Moktar.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":24487,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-27669","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27669","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27669"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27669\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27670,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27669\/revisions\/27670"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24487"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27669"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27669"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27669"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}