{"id":27899,"date":"2025-01-23T10:26:33","date_gmt":"2025-01-23T10:26:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=27899"},"modified":"2025-01-23T10:26:33","modified_gmt":"2025-01-23T10:26:33","slug":"saya-mahu-beritahu-hamzah-zainudin-jangan-hina-pemimpin-dan-orang-sabah-kata-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/saya-mahu-beritahu-hamzah-zainudin-jangan-hina-pemimpin-dan-orang-sabah-kata-hajiji\/","title":{"rendered":"\u201cSaya mahu beritahu Hamzah Zainudin jangan hina pemimpin dan orang Sabah,\u201d kata Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KENINGAU : Budaya berpolitik Semenanjung tidak diperlukan di Sabah sehingga mengelar pemimpin serta orang Sabah \u2018Palui\u2019 untuk meraih sokongan mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, sikap pemimpin pembangkang berasal dari Semenanjung sangat keterlaluan sehingga tidak boleh diterima masyarakat berbilang kaum di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, perbuatan itu merupakan satu penghinaan kerana pemimpin serta rakyat Sabah berpegang kepada amalan berpolitik secara sopan dan mementingkan keharmonian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRakyat Sabah tidak memerlukan pemimpin seumpama ini sehingga dilihat menghina orang Sabah sekali gus sanggup mengeluarkan kata-kata kesat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Walaupun kita meraikan demokrasi, tapi budaya orang Sabah lain dengan sebelah sana (Semenanjung). Kalau sana maki hamun, makilah kamu, tapi jangan bawa ke Sabah,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata ketika berucap pada Program Jelajah Sayangi Sabah Zon 6 di Dataran Keningau, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, pemimpin yang bersikap seperti itu tidak wajar datang ke Sabah kerana budaya berpolitik di Semenanjung tidak sesuai dengan budaya politik yang diamalkan di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Banyak pemimpin dari seberang datang, saya beritahu mereka, kalau datang mesti sopan santun\u2026Jangan bawa perangai dari sana ke Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerana itulah saya ingin merayu kepada rakyat kita berbilang kaum dan kepercayaan ini, marilah kita bersatu hati dan sokonglah GRS yang terdiri daripada parti tempatan kita,&#8221; jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, beliau yakin gabungan itu mampu memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang tidak lama lagi kerana menyifatkan lapan parti tempatan bersama GRS cukup mantap untuk berdepan saingan lawan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kalau lapan parti sudah bergabung ini, saya tidak percaya kita boleh kalah pada PRN nanti, tidak mungkin. Dengan kejayaan dan pencapaian kita empat tahun ini tidak mungkin kita gagal pada PRN ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Apa yang penting kita bersatu hati, walaupun berlainan pandangan, kita raikan, kita hormati. Tapi bila buat keputusan, kita satu hati kerana itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita pada PRN akan datang,&#8221; kata Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau mengingatkan agar rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan di media sosial mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadap GRS dan kerajaan negeri sekarang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGRS mempunyai rekod pentadbiran yang baik berdasarkan pelbagai kejayaan yang dicapai sepanjang lebih empat tahun memerintah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cWajar diberi mandat semula bagi meneruskan agenda pembangunan yang dirancang menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bermula 2026 hingga 2030,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada majlis itu, Hajiji turut mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi membina sebuah Mini Konvensyen Centre di Keningau untuk kemudahan rakyat di daerah ini serta kawasan pedalaman.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENINGAU : Budaya berpolitik Semenanjung tidak diperlukan di Sabah sehingga mengelar pemimpin serta orang Sabah \u2018Palui\u2019 untuk meraih sokongan mereka&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":27900,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-27899","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27899","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27899"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27899\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27901,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27899\/revisions\/27901"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27900"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27899"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27899"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27899"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}