{"id":2797,"date":"2021-07-05T06:39:19","date_gmt":"2021-07-05T06:39:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=2797"},"modified":"2021-07-05T06:39:19","modified_gmt":"2021-07-05T06:39:19","slug":"2-remaja-disyaki-lumba-haram-maut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/2-remaja-disyaki-lumba-haram-maut\/","title":{"rendered":"2 remaja disyaki lumba haram maut"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU: Dua remaja lelaki maut, selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dipercayai ketika sedang berlumba haram di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau, dekat sini, petang semalam.<\/p>\n<p>Dalam kejadian 5.30 petang itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal ditunggang mangsa bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan.<\/p>\n<p>&#8220;Selain tidak memiliki lesen, ketika kejadian kedua-dua penunggang juga tidak memakai topi keledar dan adalah disyaki mereka terbabit dalam aktiviti lumba haram,&#8221; katanya dalam kenyataan media yang disiarkan dalam portal Online Harian Metro hari ini.<\/p>\n<p>Peter berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik sebenar salah sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan berkenaan berikutan alamat pemilik berdaftar adalah di daerah Semporna.<\/p>\n<p>Katanya, ujian saringan COVID-19 mengesahkan salah seorang mangsa didapati positif wabak itu.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, sampel darah mereka telah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, sejak malam tadi tular di media sosial rakaman menunjukkan kejadian kemalangan membabitkan dua motosikal dengan kedua-dua mangsa masing-masing terbaring di atas permukaan jalan.<\/p>\n<p>Difahamkan, sebelum ini lokasi kejadian kerap digunakan untuk aktiviti dan penganjuran sukan permotoran termasuk &#8220;drag race.&#8221;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Dua remaja lelaki maut, selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dipercayai ketika sedang berlumba haram di Landasan Lapangan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":2798,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-2797","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2797","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2797"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2797\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2799,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2797\/revisions\/2799"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2797"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2797"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2797"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}