{"id":2810,"date":"2021-07-05T09:58:52","date_gmt":"2021-07-05T09:58:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=2810"},"modified":"2021-07-05T09:59:28","modified_gmt":"2021-07-05T09:59:28","slug":"beberapa-negeri-lagi-berpotensi-beralih-ke-fasa-dua-ppn-pm-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/beberapa-negeri-lagi-berpotensi-beralih-ke-fasa-dua-ppn-pm-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Beberapa negeri lagi berpotensi beralih ke Fasa Dua PPN &#8211; PM Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: \u00a0Beberapa buah negeri lagi telah menunjukkan perkembangan yang amat baik untuk beralih\u00a0beralih ke Fasa Dua\u00a0Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata\u00a0Perdana Menteri\u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Tanpa menamakan negeri berkenaan, beliau berkata negeri itu berpotensi\u00a0mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat.<\/p>\n<p>&#8220;Alhamdulillah, selain lima negeri yang telah beralih ke Fasa Dua\u00a0Kawalan Pergerakan dalam PPN, terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan amat baik dan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat,&#8221; katanya dalam catatan terbaharu Facebook rasminya hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sabtu lepas,\u00a0Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\u00a0mengumumkan Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu beralih ke Fasa Dua PPN bermula hari ini selepas negeri terbabit\u00a0berjaya mencapai nilai ambang ditetapkan.<\/p>\n<p>Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Meskipun sedang menerima rawatan di hospital, Perdana Menteri hari ini\u00a0mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui sidang video dari hospital bagi membincangkan perkembangan terkini situasi pandemik COVID-19 dalam negara.<\/p>\n<p>Muhyiddin, yang dimasukkan ke hospital sejak 30 Jun,\u00a0berkata antara perkara\u00a0dibincangkan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuat kuasa di mukim-mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur, serta laporan pemantauan setiap negeri di dalam fasa PPN.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Lapan daerah di Selangor melibatkan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor selain 14 lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan\u00a0PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.<\/p>\n<p>Sementara itu\u00a0Muhyiddin berharap situasi pandemik di negara ini dapat terus dikawal, dan lebih ramai rakyat dapat divaksin dalam masa terdekat berikutan penerimaan bekalan vaksin lebih banyak pada bulan ini.<\/p>\n<p>&#8220;Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini, di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: \u00a0Beberapa buah negeri lagi telah menunjukkan perkembangan yang amat baik untuk beralih\u00a0beralih ke Fasa Dua\u00a0Kawalan Pergerakan dalam Pelan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":2137,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-2810","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2810","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2810"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2812,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2810\/revisions\/2812"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2137"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}