{"id":28145,"date":"2025-02-07T03:20:02","date_gmt":"2025-02-07T03:20:02","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=28145"},"modified":"2025-02-07T03:23:49","modified_gmt":"2025-02-07T03:23:49","slug":"gaji-minimum-adil-penting-untuk-mengatasi-kos-sara-hidup-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/gaji-minimum-adil-penting-untuk-mengatasi-kos-sara-hidup-di-sabah\/","title":{"rendered":"Gaji minimum adil penting untuk mengatasi kos sara hidup di Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU : Pengumuman Kerajaan Persekutuan mengenai kadar gaji minimum RM1,700 disambut baik sebagai satu langkah positif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pengerusi Yayasan Pengguna Kebangsaan Sabah, David Chan berkata, namun masih terdapat cabaran besar yang dihadapi oleh pekerja di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katany, pekerja di Sabah telah lama menerima gaji yang jauh lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSedangkan kos sara hidup di negeri ini jauh lebih tinggi berbanding mereka berada di semenanjung.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cHarga barangan asas, makanan dan perbelanjaan harian di Sabah sering kali lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni termasuk faktor seperti kos logistik, kadar inflasi dan cabaran ekonomi tempatan menyebabkan harga meningkat, tetapi kadar gaji tidak berkembang seiring. Ini memberi tekanan besar kepada rakyat Sabah,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">David berkata, jurang ini telah berlarutan terlalu lama, dan sudah tiba masanya untuk kerajaan menilai semula kadar gaji minimum yang lebih realistik bagi pekerja di Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cYayasan Pengguna Kebangsaan Sabah percaya bahawa kadar RM1,700 adalah wajar bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita menegaskan bahawa dasar gaji minimum tidak boleh menggunakan pendekatan seragam bagi seluruh negara,\u201d jelas David.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, beliau menggesa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dalam menangani isu ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cStruktur gaji minimum harus mengambil kira perbezaan kos hidup antara negeri agar rakyat Sabah menerima gaji yang adil dan setimpal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita berharap agar pembuat dasar dapat menilai semula serta melaksanakan kadar gaji yang lebih inklusif dan realistik, sejajar dengan cabaran ekonomi di setiap negeri,\u201d kata David.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau menegaskan sudah tiba masanya pekerja di Sabah mendapat pengiktirafan yang setimpal dengan beban kos sara hidup mereka. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cDengan dasar gaji yang lebih baik, mereka bukan sahaja dapat menjalani kehidupan yang lebih bermaruah, tetapi juga mencapai kestabilan kewangan untuk masa depan yang lebih cerah,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pengumuman Kerajaan Persekutuan mengenai kadar gaji minimum RM1,700 disambut baik sebagai satu langkah positif. Pengerusi Yayasan Pengguna&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28061,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-28145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28145"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28147,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28145\/revisions\/28147"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28061"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}