{"id":28188,"date":"2025-02-10T01:44:31","date_gmt":"2025-02-10T01:44:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=28188"},"modified":"2025-02-10T01:45:15","modified_gmt":"2025-02-10T01:45:15","slug":"bn-sabah-pilihan-terbaik-pacu-kemajuan-seperti-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bn-sabah-pilihan-terbaik-pacu-kemajuan-seperti-sarawak\/","title":{"rendered":"BN Sabah pilihan terbaik pacu kemajuan seperti Sarawak\u00a0  \u00a0"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kemajuan yang dinikmati semua negeri di Malaysia hari ini adalah hasil pentadbiran ketika pemerintahan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) termasuklah di Sarawak.<\/p>\n<p>Penolong Ketua Penerangan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop berkata, ketika ini semakin ramai rakyat Sabah yang menyuarakan keinginan untuk melihat negeri ini maju seperti Sarawak.<\/p>\n<p>Katanya, pembangunan di Sarawak sering dijadikan model atau contoh dengan tanggapan bahawa kejayaan itu adalah daripada pentadbiran parti tempatan iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).<\/p>\n<p>Namun katanya, fahaman itu kurang tepat dan wajar diperjelaskan agar rakyat Sabah memahami faktor sebenar di sebalik kejayaan pembangunan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya, kemajuan Sarawak bukanlah hasil perjuangan parti tempatan semata-mata, tetapi ia adalah kesinambungan kepimpinan yang stabil dan kecekapan dalam merancang pembangunan sejak mereka berada dalam BN.<\/p>\n<p>\u201cSarawak telah menerima manfaat daripada dasar pembangunan BN yang kukuh sejak dahulu lagi, dan kepimpinan negeri yang konsisten memastikan dasar itu dapat diteruskan tanpa gangguan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penerangan dan Media Baharu UMNO Sabah berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.<\/p>\n<p>Menurutnya, di Sabah pula, ketidaktentuan politik dan perubahan kerajaan yang kerap berlaku sejak tahun 2018 menyebabkan pembangunan menjadi perlahan dan projek-projek utama tertangguh.<\/p>\n<p>Katanya, kegagalan menguruskan pembangunan infrastruktur seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo, bekalan air bersih, dan pembangunan luar bandar adalah contoh jelas bagaimana kepimpinan yang tidak stabil memberi kesan buruk kepada rakyat Sabah.<\/p>\n<p>\u201cGPS sehingga kini masih meneruskan asas kepimpinan yang dilaksanakan sejak pemerintahan BN dan membolehkan pembangunan infrastruktur serta ekonomi berjalan lancar tanpa gangguan.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya di Sabah, pertukaran kerajaan sejak 2018 menyebabkan banyak projek terjejas, malah pelabur asing dan tempatan juga semakin berhati-hati kerana keadaan politik yang tidak menentu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Samasuddin berkata, UMNO dan BN Sabah mempunyai rekod pencapaian yang jelas dalam membawa kemajuan kepada negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cSemasa BN memerintah, banyak projek jalan raya, jambatan, dan bekalan elektrik luar bandar telah berjaya dilaksanakan termasuklah perancangan yang rapi Projek Lebuhraya Pan Borneo.<\/p>\n<p>\u201cUMNO dan BN berjaya menarik banyak pelaburan ke Sabah dalam sektor minyak dan gas, perladangan, dan pelancongan serta menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cBN melaksanakan banyak inisiatif seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), bantuan kepada pekebun kecil, serta pembangunan sekolah dan hospital luar bandar dengan lebih sistematik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, pentadbiran BN di Sabah dahulu juga dilihat lebih stabil dan memberi keyakinan kepada pelabur serta rakyat.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, jika rakyat Sabah mahu melihat negeri ini maju seperti Sarawak, kita tidak perlu mengikut jejak Sarawak untuk mewujudkan parti tempatan, sebaliknya kembalikan kepimpinan BN Sabah yang sudah terbukti berpengalaman.<\/p>\n<p>\u201cSabah memerlukan kestabilan dan hala tuju yang jelas, bukan percaturan politik yang tidak menentu seperti yang berlaku hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Samasuddin berkata, UMNO Sabah terus komited dalam memperjuangkan hak rakyat dan memastikan pembangunan negeri ini tidak lagi terbantut akibat ketidakstabilan politik.<\/p>\n<p>\u201cDengan pengalaman luas menguruskan pembangunan negara dan rekod pencapaian yang terbukti, UMNO dan BN Sabah bersedia membawa Sabah kembali ke landasan pembangunan yang betul.<\/p>\n<p>\u201cSabah memerlukan kepimpinan yang stabil, berpengalaman, dan berkesan. UMNO dan BN Sabah bersedia menggalas tanggungjawab ini demi rakyat serta masa depan Sabah,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kemajuan yang dinikmati semua negeri di Malaysia hari ini adalah hasil pentadbiran ketika pemerintahan kerajaan di bawah Barisan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28189,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-28188","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28188","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28188"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28188\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28190,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28188\/revisions\/28190"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28189"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28188"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28188"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28188"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}