{"id":28299,"date":"2025-02-15T02:17:58","date_gmt":"2025-02-15T02:17:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=28299"},"modified":"2025-02-15T02:17:58","modified_gmt":"2025-02-15T02:17:58","slug":"ecos-pandang-serius-kes-usikan-pepasangan-meter","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ecos-pandang-serius-kes-usikan-pepasangan-meter\/","title":{"rendered":"ECoS pandang serius kes usikan pepasangan meter"},"content":{"rendered":"<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">KOTA KINABALU : Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) memandang serius kes-kes kecurian elektrik melalui usikan meter yang agak berleluasa dan melibatkan tuntutan kerugian hasil oleh Sabah Electricity (SE) dianggarkan lebih dari RM18 juta sepanjang tahun 2024.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, pada tahun lepas, ECoS telah menjalankan serbuan bersama SE ke atas 21 premis industri dan komersil.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">&#8220;Hasil daripada serbuan itu, didapati sebanyak 15 kes usikan meter telah ditemui yang telah menyebabkan kerugian yang ditanggung oleh SE melebihi RM3 juta.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">&#8220;Setakat Februari 2025, sembilan kes telah didakwa di mahkamah dan kesemua telah mengaku bersalah, di mana salah satu kes telah dikompaun sebanyak RM50, 000.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">&#8220;Sebanyak tiga lagi kes dalam proses pendakwaan di mahkamah dan dua kes masih dalam siasatan,\u201d katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">Beliau berkata, selain berhadapan dengan tindakan pendakwaan atau dikenakan kompaun oleh ECoS, SE juga boleh menuntut semula kerugian daripada pesalah berdasarkan Seksyen 63(6) Enakmen Bekalan Elektrik 2024.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">Katanya, berdasarkan Seksyen 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024, mana-mana pemilik premis atau pengusaha komersil dan industri boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 sehingga RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">&#8220;Bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya, boleh didenda tidak kurang daripada RM100,000 sehingga RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">\u201cECoS juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang didapati bersubahat melakukan pengusikan meter atau membuat pendawaian elektrik secara haram bahawa mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 62 Enakmen Bekalan Elektrik 2024.\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">Beliau turut memberikan amaran kepada mana-mana premis yang melakukan pengusikan meter supaya menghentikan perbuatan tidak amanah itu atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.<\/p>\n<p style=\"box-sizing: border-box; margin: 0px 0px 10.5px; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 15px;\">Menurutnya, ECoS akan melaksanakan lebih banyak aktiviti penguatkuasaan pada tahun ini bagi mengesan kes-kes kecurian elektrik termasuk di premis-premis domestik.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) memandang serius kes-kes kecurian elektrik melalui usikan meter yang agak berleluasa dan melibatkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28300,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-28299","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28299"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28301,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28299\/revisions\/28301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28300"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}