{"id":28348,"date":"2025-02-18T00:12:26","date_gmt":"2025-02-18T00:12:26","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=28348"},"modified":"2025-02-18T00:12:26","modified_gmt":"2025-02-18T00:12:26","slug":"semakin-ramai-remaja-berminat-al-quran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/semakin-ramai-remaja-berminat-al-quran\/","title":{"rendered":"Semakin ramai remaja berminat Al &#8211; Quran"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah merupakan salah satu usaha untuk menghidupkan cahaya wahyu Allah SWT di tengah-tengah kehidupan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman berkata, Al-Quran adalah petunjuk di\u00a0dalam kehidupan yang tidak ternilai harganya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tema yang diangkat iaitu &#8216;Al-Falah Pemacu Malaysia Madani&#8217; adalah sangat relevan dengan semangat kita, untuk membangunkan masyarakat berlandaskan nilai-nilai Islam yang sejati. Al-Falah bermaksud kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Dalam hubungan ini, kejayaan yang dimaksudkan bukan sahaja dalam konteks duniawi, malahan meliputi tuntutan ukhrawi,&#8221; katanya di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sempena Majlis Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah di sini, kelmarin.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, kejayaan itu tercapai apabila masyarakat Islam hidup menurut tuntunan wahyu illahi dan sunnah nabi.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, kejayaan itu juga yang menjadi asas kepada pembangunan sebuah kerajaan yang adil, bermoral dan berupaya membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Semoga Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri ini menjadi cahaya hidayah yang menerangi hidup dan mendorong kita untuk terus berusaha membangun masyarakat yang lebih baik, adil dan harmoni.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Melalui majlis ini, juga kita turut diingatkan, bahawa Al-Quran adalah sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan, sebagai motivasi untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan, seterusnya menjadi cahaya hidayah yang menerangi kehidupan manusia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Marilah kita berdoa kehadrat Allah SWT, semoga kita dikurniakan kekuatan untuk mengamalkan ajaran Al-Quran seterusnya berusaha membangunkan negeri dan negara ini berteraskan nilai-nilai Islam yang membawa kebaikan dan pemangkin perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri ini,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut melahirkan rasa sukacita kerana semakin ramai golongan remaja atau pelajar kita yang berminat dengan pengajian al-Quran.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, bilangan Pusat Tahfiz Al-Quran kelolaan orang perseorangan dan swasta, juga semakin meningkat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Perkembangan yang positif ini, lambat laun akan melahirkan generasi yang cakna Al-Quran. Generasi inilah juga, yang nantinya menjadi pemangkin kepada &#8216;revival&#8217; kegemilangan Islam, sebagai satu cara hidup yang komprehensif,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selaras dengan aspirasi itu katanya, beliau mengharapkan agar golongan huffaz di Negeri ini, tidak berhenti setakat berjaya menghafal ayat-ayat suci al-Quran sahaja.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, para huffaz yang sudah memiliki kemahiran asas menghafal al-Quran sewajarnya memberi nilai tambah dengan menggali potensi diri.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mereka juga mestilah berupaya untuk menghayati dan meneliti secara mendalam ayat-ayat suci Al-Quran yang terhidang dalam 30 juzuk dan 114 surah itu.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Hikmahnya adalah, untuk membolehkan golongan huffaz berada di barisan hadapan dalam konteks memelihara dan memartabatkan kesucian dan keagungan al-Quran.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Malahan, apa yang lebih mendesak di zaman yang penuh cabaran ini ialah, melaksanakan serta menterjemahkan sepenuhnya ajaran al-Quran, agar umat Islam khususnya di negeri ini, berupaya mengukir tamadun dan kemajuan yang lebih cemerlang dan gemilang pada masa akan datang,&#8221; katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah merupakan salah satu usaha untuk menghidupkan cahaya wahyu Allah SWT&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28349,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-28348","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28348","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28348"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28348\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28350,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28348\/revisions\/28350"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28349"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28348"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28348"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28348"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}