{"id":28460,"date":"2025-02-22T10:48:59","date_gmt":"2025-02-22T10:48:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=28460"},"modified":"2025-02-22T10:48:59","modified_gmt":"2025-02-22T10:48:59","slug":"spr-perlu-wujudkan-undi-pos-kepada-pengundi-di-luar-negeri-semasa-prn-sabah-mustapha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/spr-perlu-wujudkan-undi-pos-kepada-pengundi-di-luar-negeri-semasa-prn-sabah-mustapha\/","title":{"rendered":"SPR perlu wujudkan undi pos kepada pengundi di luar negeri semasa PRN Sabah &#8211; Mustapha"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Mustapha Sakmud meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan undi pos bagi pengundi Sabah yang menetap di luar negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan setiap rakyat Sabah yang layak dapat menunaikan hak mereka tanpa halangan kewangan atau logistik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHak mengundi adalah asas demokrasi, namun ramai rakyat Sabah yang menetap di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan luar negara menghadapi kesukaran untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKos penerbangan yang tinggi dan kekangan logistik terus menjadi penghalang utama kepada penyertaan mereka dalam pilihan <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">raya,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mustapha merupakan Ahli Parlimen Sepanggar berkata, sehingga Disember 2024, Sabah mempunyai 1.69 juta pengundi berdaftar, dengan lebih 55 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 18 hingga 39 tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita yakin pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik, lebih ramai rakyat Sabah kini layak mengundi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRamai yang mungkin terpaksa melepaskan hak mereka untuk mengundi kerana kos perjalanan yang membebankan terutamanya ribuan mahasiswa Sabah yang sedang menuntut di universiti dan kolej di seluruh negara,\u201d jelas Mustapha.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, generasi muda ini terutama golongan mahasiswa perlu diberi peluang dalam menentukan pimpinan dan halatuju negeri ini mengikut perspektif dan citarasa anak muda.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai generasi pelapis, sewajarnya pandangan mereka perlu direalisasikan dalam peti undi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun, disebabkan jadual akademik yang padat serta beban kewangan yang tinggi, ramai dalam kalangan mereka tidak mampu untuk pulang ke Sabah semata-mata untuk mengundi,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, harga tiket penerbangan yang tinggi terus menjadi kebimbangan rakyat Sabah, terutamanya ketika musim pilihan raya dan perayaan utama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada Oktober 2024, laporan menunjukkan tambang penerbangan antara Sabah dan Semenanjung boleh mencecah sehingga RM1,700.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cWalaupun kerajaan mengambil beberapa langkah untuk menangani isu ini seperti memperkenalkan subsidi untuk pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala yang melebihi RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan semasa musim perayaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenyelesaian jangka panjang masih diperlukan agar rakyat Sabah tidak terbeban untuk pulang mengundi,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Mustapha Sakmud meminta agar Suruhanjaya Pilihan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28461,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-28460","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28460","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28460"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28460\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28462,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28460\/revisions\/28462"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28461"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28460"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28460"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28460"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}