{"id":28710,"date":"2025-03-06T06:15:25","date_gmt":"2025-03-06T06:15:25","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=28710"},"modified":"2025-03-06T06:24:00","modified_gmt":"2025-03-06T06:24:00","slug":"institusi-latihan-pertanian-pintar-perlu-diwujudkan-atasi-kadar-pengganguran-belia-di-sabah-edwin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/institusi-latihan-pertanian-pintar-perlu-diwujudkan-atasi-kadar-pengganguran-belia-di-sabah-edwin\/","title":{"rendered":"Institusi Latihan Pertanian Pintar perlu diwujudkan atasi kadar pengganguran belia di Sabah &#8211; Edwin"},"content":{"rendered":"<p>KENINGAU : Sabah perlu mewujudkan Institusi Latihan Pertanian Pintar sebagai salah satu inisiatif untuk melahirkan lebih ramai petani berinovasi pada masa depan.<\/p>\n<p>Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Keningau Edwin Laimin berkata, langkah ini sekali gus mampu meningkatkan tahap keterjaminan makanan khususnya di Sabah.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan Sabah perlu mewujudkan institusi ini agar dapat mengalakkan lebih ramai masyarakat bertani secara moden.<\/p>\n<p>\u201cIni secara tidak langsung\u00a0memberi dorongan kepada golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian khususnya di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cStatistik menunjukkan seramai 167,300 graduan direkodkan sebagai \u2018penganggur\u2019 pada tahun 2023 manakala 46,600 adalah belia Sabah berumur antara 20 hingga 24 tahun,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Edwin merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, beliau menyatakan hasrat ini berikutan wujudnya kebimbangan terhadap kadar jumlah pengangguran di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cSabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi di Malaysia bagi suku keempat 2024.<\/p>\n<p>\u201cIni menunjukkan ramai graduan yang masih bercelaru atau tiada ketentuan mengenai soal kerjaya mereka,\u201d jelas Edwin.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan perlu mengambil inisiatif secara tuntas mengenai keperluan belia menceburkan diri dalam bidang pertanian pintar khususnya di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cIni memandangkan ramai dalam kalangan mereka yang tidak mahu terlibat dalam industri ini disebabkan tanggapan tentang pertanian yang masih \u2018kolot\u2019 dan tradisional.<\/p>\n<p>\u201cMereka masih belum mendapat pendedahan sewajarnya berkaitan pertanian pintar seperti penggunaan teknologi sensor, dron, sistem pengairan automatik dan perisian pengurusan ladang,\u201d kata Edwin.<\/p>\n<p>Beliau menambah, apa yang mereka faham bertani adalah berpanas di bawah matahari, pekerjaan sangat memenatkan serta kotor.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu penubuhan institusi ini akan dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan masyarakat dalam bidang pertanian moden di samping menjadi pusat penyelidikan dan pengembangan teknologi pertanian.<\/p>\n<p>\u201cSecara tidak langsung, tahap keselamatan makanan di negeri ini akan lebih terjamin melalui penggunaan teknologi yang tepat dan juga tenaga kerja yang benar-benar mahir dalam menghasilkan produk lebih berkualiti,\u201d tambahnya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENINGAU : Sabah perlu mewujudkan Institusi Latihan Pertanian Pintar sebagai salah satu inisiatif untuk melahirkan lebih ramai petani berinovasi pada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28711,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-28710","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28710","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28710"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28710\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28713,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28710\/revisions\/28713"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28711"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28710"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28710"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28710"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}