{"id":28741,"date":"2025-03-07T10:49:06","date_gmt":"2025-03-07T10:49:06","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=28741"},"modified":"2025-03-07T10:52:30","modified_gmt":"2025-03-07T10:52:30","slug":"anak-peter-anthony-jalankan-tugas-presiden-kdm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/anak-peter-anthony-jalankan-tugas-presiden-kdm\/","title":{"rendered":"Anak Peter Anthony jalankan tugas Presiden KDM"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Pimpinan Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), hari ini, memutuskan tugas presiden parti itu yang ditinggalkan Datuk Peter Anthony akan digalas Timbalan Presiden, Priscella Peter.<\/p>\n<p>Priscella juga akan dibantu seorang lagi Timbalan Presiden, Datuk Wetrom Bahanda yang sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya KDM.<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Willie Jude berkata, keputusan itu sebulat suara dibuat dalam mesyuarat Pimpinan Tertinggi KDM yang dipengerusikan Wetrom, di ibu pejabat parti itu, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Katanya, keputusan itu dibuat demi kebaikan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.<\/p>\n<p>&#8220;Keputusan ini dibuat sebulat suara dan dengan penuh permuafakatan, kerana kami sebenarnya sudah membuat perancangan awal sekiranya apa-apa berlaku termasuk hal yang berkaitan dengan kes Datuk Presiden.<\/p>\n<p>&#8220;Ianya (keputusan) juga sesuai dengan peranan Priscella sebagai salah sorang pengasas parti dan Datuk Wetrom juga menyokong penuh keputusan ini, malah beliau sendiri yang mencadangkan.<\/p>\n<p>&#8220;Kami masing-masing mempunyai peranan dalam parti dan saya yakin dengan hubungan kami yang sudah seperti satu keluarga, kami mampu hadapi setiap rintangan yang ada selepas ini,&#8221; katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Priscella, 27, merupakan graduan dari Universiti Curtain Australia dengan kelulusan Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang perakaunan.<\/p>\n<p>Willie berkata, mesyuarat hari ini juga turut memutuskan yang KDM kekal dengan pendirian sebelum ini, iaitu untuk bertanding solo pada PRN17 nanti.<\/p>\n<p>Katanya, segala perancangan parti termasuk yang dibuat Peter akan diteruskan.<\/p>\n<p>&#8220;Perjuangan diteruskan, kami tidak akan berundur walau setapak pun, ini perjuangan untuk Sabah, untuk rakyat,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Pimpinan Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), hari ini, memutuskan tugas presiden parti itu yang ditinggalkan Datuk Peter Anthony&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28742,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-28741","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28741","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28741"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28741\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28743,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28741\/revisions\/28743"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28741"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28741"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28741"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}