{"id":2881,"date":"2021-07-06T11:40:32","date_gmt":"2021-07-06T11:40:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=2881"},"modified":"2021-07-06T11:40:32","modified_gmt":"2021-07-06T11:40:32","slug":"kdn-lancar-op-bantu-salur-bantuan-kepada-individu-terputus-bekalan-makanan-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kdn-lancar-op-bantu-salur-bantuan-kepada-individu-terputus-bekalan-makanan-hamzah\/","title":{"rendered":"KDN lancar Op Bantu salur bantuan kepada individu terputus bekalan makanan &#8211; Hamzah"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Op Bantu bagi\u00a0menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan susulan penularan COVID-19 dalam negara.<\/p>\n<p>Menterinya\u00a0Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata\u00a0menerusi operasi itu, kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah\u00a0(IPD) seluruh\u00a0negara akan dijadikan sebagai pusat pengagihan bantuan bekalan makanan bagi mereka yang\u00a0terkesan.<\/p>\n<p>\u201cDi lapangan, Op Bantu akan diketuai 157 Ketua Polis Daerah seluruh negara dan melibatkan Skuad Aman Wanita (Amanita) di bawah Polis Diraja Malaysia\u00a0serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di peringkat daerah yang\u00a0ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.<\/p>\n<p><a class=\"banner_photo_736131024150\" data-url=\"https:\/\/psp.penang.my\/\" data-photoid=\"567\" data-name=\"300x250BM_am.jpg\">\u201cAnggota\u00a0RELA di lapangan juga ditugaskan melakukan rondaan bagi mendapatkan maklumat dan bagi tujuan penyaluran bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan bantuan segera,\u201d katanya pada\u00a0sidang media di\u00a0Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.<\/a><\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Hamzah berkata\u00a0pelaksanaan Op Bantu merupakan\u00a0kolaborasi strategik bersama Kementerian\u00a0Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).<\/p>\n<p>\u201cHari ini\u00a0pengagihan hampir 50,000 bakul makanan\u00a0ke seluruh negara telah dilakukan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau dalam masa sama\u00a0meminta individu yang terputus bekalan makanan supaya\u00a0memaklumkan kepada IPD berdekatan dan bagi mereka yang tidak dapat hadir, boleh\u00a0hubungi IPD berhampiran melalui talian rasmi IPD atau talian WhatsApp khas Op Bantu yang akan dimaklumkan kemudian.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Turut hadir pada majlis pelancaran itu\u00a0Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.<\/p>\n<p>Sementara itu, Rina berkata\u00a0inisiatif berkenaan merupakan antara usaha mendekati\u00a0mereka yang memerlukan bantuan semasa pandemik COVID-19 serta sebagai tindak balas proaktif kepada isu dan situasi yang sedang dihadapi\u00a0masyarakat.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Sudah pasti program yang diadakan hari ini menepati konsep tiada siapa yang tertinggal,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya pula, Rina berkata kolaborasi strategik antara KPWKM dengan KDN itu\u00a0akan diteruskan walaupun selepas pandemik COVID-19, bagi menyantuni masyarakat dan memastikan golongan yang memerlukan mendapat bantuan yang sewajarnya.<\/p>\n<p>&#8220;Sejajar dengan konsep \u201cwhole of government\u201d, kerjasama antara KPWKM dan KDN melalui agensi-agensi di bawahnya akan dapat mewujudkan penglibatan komuniti\u00a0bagi menangani gejala sosial, membantu rakyat yang memerlukan dan membasmi jenayah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Op Bantu bagi\u00a0menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":2882,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-2881","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2881","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2881"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2881\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2883,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2881\/revisions\/2883"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2882"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2881"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2881"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2881"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}