{"id":29074,"date":"2025-03-21T11:09:10","date_gmt":"2025-03-21T11:09:10","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29074"},"modified":"2025-03-21T11:09:10","modified_gmt":"2025-03-21T11:09:10","slug":"sedia-pohon-14-projek-di-bawah-rolling-plan-pertama-rmk13","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sedia-pohon-14-projek-di-bawah-rolling-plan-pertama-rmk13\/","title":{"rendered":"SEDIA pohon 14 projek di bawah Rolling Plan Pertama RMK13"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TUARAN : Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) menyerahkan 14 permohonan projek, termasuk 10 projek baharu bernilai RM702 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula awal tahun depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berharap permohonan SEDIA akan mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau memuji SEDIA kerana mengekalkan rekod sijil tanpa teguran dari segi pengurusan kewangan daripada Ketua Audit Negara selama 15 tahun berturut-turut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya juga mahu agar pemantauan pelaksanaan semua projek di bawah kawalan SEDIA hendaklah dilakukan dengan kerap dan bersungguh-sungguh agar masalah-masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan segera,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji merupakan Pengerusi SEDIA, berkata dalam tempoh dua tahun ini pihak berkuasa itu telah berjaya menjalankan penyelidikan dan persidangan mengenai sektor-sektor yang berpotensi untuk membangunkan aktiviti ekonomi Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSEDIA, dengan pembiayaan daripada Kementerian Ekonomi, telah menyiapkan Kajian Pembangunan Ekonomi Kawasan Sempadan Sabah, yang menyediakan satu pelan strategik komprehesif untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan di kawasan sempadan di Sipitang, Nabawan, Kalabakan dan Tawau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKawasan-kawasan ini terletak secara strategik berhampiran Kalimantan Utara, Brunei dan Sarawak. Sembilan sektor ekonomi berpotensi tinggi telah dikenal pasti,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, sektor-sektor ekonomi itu termasuk pelancongan berasaskan komuniti, perikanan dan akuakultur, industri hiliran minyak sawit, biokimia, biofuel dan perdagangan rentas sempadan yang dijangkakan dapat meningkatkan Nilai Tambah Kasar kepada sumber sedia ada sebanyak 330 peratus kepada RM1.6 bilion dan membuka 10,660 peluang pekerjaan menjelang 2040.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain itu, satu kajian kebolehlaksanaan mengenai penternakan kerang berdarah yang dijalankan antara SEDIA dan Jabatan Perikanan Malaysia dan Sabah telah mengenal pasti beberapa lokasi di Tawau, Semporna, Tuaran, Kudat, Beluran dan Teluk Padas Beaufort.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProjek Kerang Berdarah, yang merupakan pertama di Sabah, mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu lebih daripada 3,000 orang,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, beliau berkata kerjasama yang dijalin antara SEDIA dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah dapat menilai dan membimbing 10 kajian tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata Sabah juga telah dipilih sebagai medan ujian pengunaan dron pengangkutan penumpang dan kargo yang bakal dilakukan oleh SEDIA bersama FUTURISE Berhad, sebuah syarikat Kementerian Kewangan Malaysia, di lokasi sesuai yang sedang dikenal pasti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata SEDIA telah melaksanakan lebih daripada 1,275 projek sejak 2009 melalui RMK9 hingga ke RMK12.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri berkata dalam tempoh itu, SEDIA telah diperuntukkan sejumlah RM3.8 bilion dengan RM3.1 bilion telah disalurkan dan lebih kurang 90 peratus atau RM2.8 bilion telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek berimpak tinggi, people-centric, program pembasmian kemiskinan dan pembangunan modal insan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMelihat kepada inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan itu, saya mahu agar SEDIA dan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk sentiasa mencari rakan strategik supaya dapat meneroka bidang-bidang baharu yang berpotensi menjana pendapatan dan peluang-peluang pekerjaan,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN : Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) menyerahkan 14 permohonan projek, termasuk 10 projek baharu bernilai RM702&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29075,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29074","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29074","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29074"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29074\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29076,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29074\/revisions\/29076"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29075"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29074"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29074"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29074"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}