{"id":29119,"date":"2025-03-23T03:51:40","date_gmt":"2025-03-23T03:51:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29119"},"modified":"2025-03-23T03:51:40","modified_gmt":"2025-03-23T03:51:40","slug":"ibu-bapa-disaran-bentuk-anak-jadi-pakar-untuk-majukan-negara-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ibu-bapa-disaran-bentuk-anak-jadi-pakar-untuk-majukan-negara-pm\/","title":{"rendered":"Ibu bapa disaran bentuk anak jadi pakar untuk majukan negara &#8211; PM"},"content":{"rendered":"<p>TUARAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan ibu bapa di negara ini supaya fokus membentuk dan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi pakar tempatan yang amat diperlukan negara pada masa hadapan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kerajaan MADANI kini giat mempromosi Malaysia terutama kepada syarikat luar negara bagi membawa masuk pelaburan serta teknologi baharu dan langkah itu memerlukan lebih ramai tenaga pakar.<\/p>\n<p>Justeru, Anwar meletakkan harapan tinggi supaya ramai anak tempatan mengisi peluang sebagai tenaga pakar dan seboleh-bolehnya tidak mahu peluang itu terlepas kepada mereka dari negara luar.<\/p>\n<p>&#8220;Keadaan berubah dengan ledakan teknologi terutama AI (kecerdasan buatan), jadi ibu bapa perlu beri tumpuan kerana kita perlu pakar daripada anak-anak sekolah kita dengan penguasaan bahasa Inggeris yang sangat baik, belajar dengan tekun sains, teknologi dan matematik manakala disiplin juga dijaga baik.<\/p>\n<p>&#8220;Kita hanya mampu bawa (syarikat luar) datang ke Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan negeri lain, kerja kita jadi jurujual negara maknanya menarik minat mereka tetapi kalau anak-anak kita tidak terlatih, kita terpaksa mencari pakar luar negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.<\/p>\n<p>Anwar juga berkata apabila anak-anak berjaya dibentuk dengan baik bagi mewarisi negara, beliau yakin Malaysia berada di landasan yang tepat ke arah menjadi sebuah negara maju dengan teknologi terkini.<\/p>\n<p>&#8220;Tolonglah ingat baik-baik pesan Tok Anwar ini, ubah diri masing-masing menjadi pakar untuk majukan negara kita dan bantulah rakyat kita dengan sebaiknya,&#8221; kata beliau.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan ibu bapa di negara ini supaya fokus membentuk dan mendidik anak-anak&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29120,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29119","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29119","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29119"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29119\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29121,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29119\/revisions\/29121"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29120"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29119"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29119"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29119"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}