{"id":29175,"date":"2025-03-24T21:59:32","date_gmt":"2025-03-24T21:59:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29175"},"modified":"2025-03-24T22:03:49","modified_gmt":"2025-03-24T22:03:49","slug":"230-pekerja-kosan-hilang-pendapatan-madius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/230-pekerja-kosan-hilang-pendapatan-madius\/","title":{"rendered":"230 Pekerja KOSAN Hilang Pendapatan  &#8211; Madius"},"content":{"rendered":"<p>TUARAN : Seramai 230 pekerja kilang perusahaan pakaian Tuaran dan kilang kasut Papar milik Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN) hilang pekerjaan ekoran pemberhentian operasi dua kilang berkenaan.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata penutupan operasi itu berpunca daripada ketiadaan pembeli bagi produk keluaran syarikat sejak hujung tahun lalu.<\/p>\n<p>Katanya, mereka yang terjejas ialah 134 pekerja dari kilang pakaian Tuaran dan 69 pekerja dari kilang kasut Papar selain kakitangan ibu pejabat KOSAN.<\/p>\n<p>\u201cMereka ditamatkan perkhidmatan menerusi surat yang dihantar kepada mereka pada 14 Oktober tahun lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Ia disebabkan kontrak pembekalan pakaian seragam dan kasut sekolah antara KOSAN dan kerajaan negeri ditamatkan pada April 2024, dua kilang terbabit terpaksa menghentikan operasi pengeluaran.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan Sabah merupakan pelanggan utama bagi dua kilang KOSAN yang telah beroperasi selama lebih empat dekad,&#8221; katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.<\/p>\n<p>Madius berkata, susulan surat meminta bantuan campur tangan yang diterima, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan bekas pekerja bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut berkenaan .<\/p>\n<p>&#8220;Seorang bekas pekerja kilang pakaian KOSAN Tuaran menulis surat kepada saya meminta campur tangan mencari penyelesaian untuk 230 bekas pekerja terbabit yang ditamatkan perkhidmatan pada 14 Oktober 2024,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, bekas pekerja terbabit mendakwa penamatan perkhidmatan itu dibuat tanpa mengambil kira hak pekerja mendapat pampasan seperti amalan biasa dalam Skim Pemisahan Sukarela (VSS).<\/p>\n<p>&#8220;Jabatan Tenaga Kerja telah campur tangan bagi membela hak pekerja, dan kini KOSAN perlu membayar sejumlah pampasan selain daripada faedah PERKESO kepada bekas pekerja kilang tersebut,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, katanya semua bekas pekerja mendesak agar pampasan itu dibayar segera kerana mereka kini berdepan kesempitan hidup selepas kehilangan sumber pendapatan.<\/p>\n<p>&#8220;Lebih menyulitkan, sebahagian besar bekas pekerja ini bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan tidak lama lagi, selain perlu menanggung pelbagai perbelanjaan harian,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN : Seramai 230 pekerja kilang perusahaan pakaian Tuaran dan kilang kasut Papar milik Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN) hilang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29176,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-29175","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29175","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29175"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29175\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29180,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29175\/revisions\/29180"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29176"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29175"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29175"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29175"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}