{"id":29282,"date":"2025-03-29T22:49:48","date_gmt":"2025-03-29T22:49:48","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29282"},"modified":"2025-03-29T22:49:48","modified_gmt":"2025-03-29T22:49:48","slug":"perkukuh-ukhuwah-perpaduan-semasa-sambutan-aidilfitri-musa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/perkukuh-ukhuwah-perpaduan-semasa-sambutan-aidilfitri-musa\/","title":{"rendered":"Perkukuh ukhuwah, perpaduan semasa sambutan Aidilfitri &#8211; Musa"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU :\u00a0 Rakyat Sabah digesa\u00a0agar terus memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan semangat perpaduan melalui tradisi ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan semasa sambutan Aidilfitri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Yang\u00a0di-Pertua\u00a0Negeri, Tun Musa Aman berkata, perpaduan yang kukuh adalah asas kepada kemakmuran dan kejayaan sesebuah negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, melalui perpaduan yang terjalin erat, rakyat mampu menghadapi segala cabaran yang mendatang dan mencipta peluang holistik bagi meningkatkan kesejahteraan hidup bersama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni menjadikan Aidilfitri sebagai wasilah memperkukuh perpaduan sesama umat Islam dan masyarakat secara keseluruhan selain merai kemenangan dalam perjuangan menongkah arus ujian serta cabaran ibadah puasa dengan takbir, tahmid dan takdis (penyucian).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cAidilfitri juga bukan sekadar satu perayaan agama, tetapi menjadi medan untuk mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara ahli keluarga, jiran tetangga, rakan taulan dan masyarakat,\u201d katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Hari raya Aidilfitri 1446H\/2025M, di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Musa berkata, dalam suasana yang penuh keharmonian ini untuk menganjurkan budaya sikap saling hormat-menghormati, berprilaku jujur, tanpa mengira latar belakang sosial, kaum dan agama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita mengajak umat Islam supaya meningkatkan amalan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim dan sebagainya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cAmalan berkongsi rezeki yang bukan sahaja mengimarahkan suasana Aidilfitri, malah ianya satu usaha terpuji dalam memastikan tiada golongan yang tercicir dalam menempuh arus kemajuan,\u201d jelas Musa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, sumbangan amal jariah dihulurkan pada hari raya ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekali gus mencerminkan sikap keprihatinan yang tinggi golongan dermawan terhadap rakyat di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita turut mengingatkan rakyat mengenai kesihatan diri adalah penting dan perlu dititikberatkan sepankang sambutan Aidilfitri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cAmalkan gaya pemakanan yang sihat iaitu jangan makan berlebihan dan kawal tabiat pemakanan dan lakukan aktiviti yang boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan seperti bersenam dan sebagainya,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau menekankan pentingnya mengutamakan keselamatan dalam menyambut Aidilfitri dan menghindari apa jua perkara yang berpotensi mendatangkan musibah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSentiasa berhati-hati semasa memandu dengan mematuhi peraturan jalan raya apabila memandu kenderaan pulang ke kampung, periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan utamakan keselamatan insan-insan tersayang.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cDi hari lebaran yang mulia ini, saya menggesa rakyat agar bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan pasukan beruniform yang sentiasa mengambil berat dan berdiri teguh memelihara keselamatan rakyat dan negara tanpa mengira keadaan dan suasana,\u201d kata Musa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Mengakhiri perutusannya, Musa dan isteri Toh Puan Faridah Tussin mendoakan agar Aidilfitri ini disambut dengan meriah dan bermakna seterusnya mengeratkan tali silaturahim dan memperkukuh perpaduan rakyat keseluruhannya<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU :\u00a0 Rakyat Sabah digesa\u00a0agar terus memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan semangat perpaduan melalui tradisi ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan semasa sambutan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29283,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29282","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29282","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29282"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29282\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29284,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29282\/revisions\/29284"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29282"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29282"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29282"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}