{"id":29352,"date":"2025-04-05T05:08:22","date_gmt":"2025-04-05T05:08:22","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29352"},"modified":"2025-04-05T05:08:59","modified_gmt":"2025-04-05T05:08:59","slug":"siasat-arahan-bekas-ketua-menteri-luluskan-dokumen-pengenalan-mositun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/siasat-arahan-bekas-ketua-menteri-luluskan-dokumen-pengenalan-mositun\/","title":{"rendered":"Siasat Arahan Bekas Ketua Menteri Luluskan Dokumen Pengenalan &#8211; Mositun"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Pendedahan dua pucuk surat rasmi mengandungi arahan bertulis daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, berhubung kelulusan permohonan dokumen pengenalan diri menimbulkan desakan agar siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kemungkinan berlaku campur tangan dalam sistem pendaftaran negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusi Majlis Belia KDCA, Steve Johnny Mositun berkata, surat<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>bertarikh 26 April 2019 menunjukkan arahan kepada Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, agar satu permohonan diluluskan. Sementara itu, surat kedua bertarikh 9 Oktober 2019 mengandungi minit kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berbunyi: \u201csukacita dapat diluluskan.\u201d<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar dan menimbulkan persoalan tentang tahap pengaruh politik negeri dalam urusan pendaftaran MyKAS, MyPR dan akhirnya MyKAD.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJustin Wong boleh menyatakan bahawa Ketua Menteri tiada kuasa mutlak untuk meluluskan kewarganegaraan, kita tidak pertikai fakta itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTetapi isu di sini ialah kenapa seorang Ketua Menteri boleh minit secara langsung supaya permohonan dokumen pengenalan diluluskan?\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mositun berkata, pemahaman umum bahawa MyKAS hanyalah dokumen sementara adalah tidak mencerminkan realiti sepenuhnya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni kerana pemegang MyKAS berpeluang memohon status pemastautin tetap (MyPR), dan seterusnya MyKAD, mengikut syarat dan tempoh yang ditetapkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMyKAS sebenarnya titik permulaan kepada kewarganegaraan. Oleh itu, sebarang pengaruh luar terhadap kelulusan MyKAS, lebih-lebih lagi melalui arahan politik \u2013 adalah sangat membimbangkan,\u201d tegas Mositun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan, proses kelulusan dokumen pengenalan diri harus kekal bebas daripada pengaruh politik dan campur tangan negeri, bagi menjaga integriti sistem pendaftaran negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mositun turut menggesa JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tampil mendedahkan secara telus jumlah permohonan MyKAS, MyPR dan MyKAD yang mendapat sokongan bertulis daripada Shafie Apdal semasa beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah antara 2018 hingga 2020.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Antara persoalan yang ditimbulkan:<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">1. Adakah semua permohonan yang disokong melalui minit rasmi itu telah melalui proses dokumentasi, tapisan keselamatan dan pematuhan undang-undang?<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">2. Apakah asas kepada arahan kelulusan tersebut?<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">3. Adakah tindakan itu bertentangan dengan Akta Pendaftaran Negara 1959 atau mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan?<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan sekiranya terdapat elemen penyalahgunaan kuasa atau ketirisan sistem pentadbiran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas lebih lanjut, Mositun berkata bahawa rakyat Sabah masih belum melupakan kesan daripada Projek IC.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni melibatkan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing secara tidak sah pada era lampau, yang mencetuskan pelbagai kesan jangka panjang terhadap struktur sosial dan ekonomi negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSabah pernah dibakar oleh kesilapan ini. Kita tidak mahu api lama dinyalakan semula melalui pintu belakang pentadbiran negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Soal kewarganegaraan bukan mainan politik \u2013 ini soal kedaulatan negara,\u201d ujar Mositun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut menegaskan bahawa generasi muda Sabah berhak mengetahui kebenaran di sebalik minit rasmi yang tular dan mahu pihak bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pendedahan dua pucuk surat rasmi mengandungi arahan bertulis daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29353,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-29352","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29352","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29352"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29352\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29354,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29352\/revisions\/29354"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29352"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29352"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29352"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}