{"id":2939,"date":"2021-07-08T01:42:31","date_gmt":"2021-07-08T01:42:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=2939"},"modified":"2021-07-08T01:42:42","modified_gmt":"2021-07-08T01:42:42","slug":"sejuta-dos-vaksin-dihantar-ke-sabah-sepanjang-julai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sejuta-dos-vaksin-dihantar-ke-sabah-sepanjang-julai\/","title":{"rendered":"Sejuta dos vaksin dihantar ke Sabah sepanjang Julai"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah akan menerima sejuta dos vaksin COVID-19 untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu, sepanjang bulan ini.<\/p>\n<p>Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya, berkata jumlah itu akan diterima secara berperingkat untuk disalurkan ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri.<\/p>\n<p>Katanya, perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin selaku menteri penyelaras PICK yang menghubungi beliau tengah hari, semalam.<\/p>\n<p>&#8220;Khairy memaklumkan kepada saya bahawa Sabah akan menerina bekalan vaksin COVID-19 sebanyak sejuta dos untuk bulan Julai sahaja.<\/p>\n<p>&#8220;Pada asalnya jadual penghantaran vaksin pada bulan ini hanya sekitar 700,000 dos tetapi ditingkatkan ke sejuta dos selepas mengambil kira permintaan kerajaan negeri,&#8221; katanya dalam kenyataan, di sini.<\/p>\n<p>Berikutan peningkatan itu, katanya sasaran kerajaan negeri untuk menyuntik 30,000 dos vaksin sehari pada bulan ini dapat direalisasikan.<\/p>\n<p>Katanya, langkah kerajaan Pusat itu juga dapat memastikan sasaran untuk mencapai imuniti kelompok di Sabah sebelum akhir tahun ini mampu dicapai.<\/p>\n<p>Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun dalam maklum balasnya mengenai peningkatan jumlah vaksin itu mengucapkan terima kasih kepada Khairy.<\/p>\n<p>&#8220;Terima kasih Menteri MOSTI kerana meluluskan peningkatan kuota vaksin bagi Sabah untuk Julai kepada sejuta dos, iaitu bertambah sebanyak 300,000 dos.<\/p>\n<p>&#8220;Kita meminta agihan vaksin yang saksama bagi membolehkan Sabah layak memasuki fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN),&#8221; katanya dalam hantaran di Twitter beliau.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah akan menerima sejuta dos vaksin COVID-19 untuk menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu, sepanjang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":2879,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-2939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2940,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2939\/revisions\/2940"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2879"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}