{"id":29417,"date":"2025-04-09T03:00:08","date_gmt":"2025-04-09T03:00:08","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29417"},"modified":"2025-04-09T03:00:08","modified_gmt":"2025-04-09T03:00:08","slug":"serangan-pembangkang-seperti-boomerang-kukuhkan-kedudukan-hajiji-dan-grs-aksyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/serangan-pembangkang-seperti-boomerang-kukuhkan-kedudukan-hajiji-dan-grs-aksyah\/","title":{"rendered":"Serangan pembangkang seperti \u2018Boomerang\u2019 kukuhkan kedudukan Hajiji dan GRS \u2013 Aksyah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU : Serangan berterusan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pemimpin pembangkang dan pengkritik dilihat semakin memakan diri dan hanya mengukuhkan lagi kedudukan beliau serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di mata rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Bekas Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah berkata, walaupun berada dalam bulan Ramadan dan Syawal yang sepatutnya menjadi masa memperkukuh ukhuwah, serangan politik terus dilontarkan terhadap Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSerangan ini menunjukkan pembangkang semakin terdesak dan gusar melihat kejayaan dan gerak kerja Ketua Menteri yang semakin tersusun serta mendapat sokongan rakyat. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni adalah pertembungan antara dua sisi \u2013 putih yang membawa kebaikan dan pembangunan, dan hitam yang mencerminkan politik kebencian serta serangan tidak berasas,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Aksyah turut mempertahankan kemampuan Hajiji dalam menggunakan bahasa Inggeris, menyifatkan kritikan terhadap kebolehan bahasa pemimpin itu sebagai remeh dan tidak berasas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cRamai pemimpin luar berbahasa ibunda mereka dan menggunakan penterjemah, namun Hajiji tidak memerlukan penterjemah dalam pertemuan rasmi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cApa yang ingin kita banggakan sebenarnya? Bahasa Melayu sendiri pernah menjadi lingua franca rantau ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menyentuh isu kelulusan lesen eksplorasi kepada syarikat Lincah Hebat Utama Sdn Bhd (LHUSB), Aksyah menjelaskan bahawa proses kelulusan dibuat mengikut peraturan, melalui penilaian teknikal dan keputusan sebulat suara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Maju Sabah (SMM).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni bukan keputusan semberono. Syarikat telah memohon sejak tahun 2019 lagi ketika era Warisan. Tidak ada satu sen dana kerajaan digunakan untuk eksplorasi ini,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dalam isu pelantikan Datuk James Wong sebagai Group General Manager (GGM) SEDCO pula, Aksyah menegaskan pelantikan tersebut berdasarkan merit dan kemampuan calon, bukannya perkauman atau peruntukan eksklusif kepada Bumiputera Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJames adalah anak jati Sabah yang mempunyai latar belakang korporat yang kuat dan berpotensi besar membantu memajukan sosio-ekonomi Bumiputera Sabah melalui kepimpinan beliau di SEDCO,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Aksyah menzahirkan kebimbangan terhadap pendekatan pembangkang yang dilihat tidak berlandaskan fakta, sebaliknya membina naratif untuk mengelirukan rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSaya risau, jika mereka memenangi PRN-17 atas dasar isu rekaan dan manipulasi politik, negeri ini akan mengalami kerosakan akibat tadbir urus yang lemah dan beremosi,\u201d ujarnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau turut memuji kepimpinan Hajiji berpengalaman lebih tiga dekad dalam politik, menyifatkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai agenda berkesan untuk membawa kemajuan kepada rakyat Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cHanya dengan sokongan berterusan kepada GRS, kestabilan, kemajuan dan kebajikan rakyat dapat dijamin. Jangan terpedaya dengan racun politik pembangkang,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Serangan berterusan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pemimpin pembangkang dan pengkritik dilihat semakin&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14912,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-29417","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29417","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29417"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29417\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29418,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29417\/revisions\/29418"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29417"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29417"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29417"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}