{"id":29566,"date":"2025-04-14T08:19:42","date_gmt":"2025-04-14T08:19:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29566"},"modified":"2025-04-14T08:19:42","modified_gmt":"2025-04-14T08:19:42","slug":"dun-sabah-sabah-komited-pastikan-kejayaan-projek-empangan-ulu-padas-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dun-sabah-sabah-komited-pastikan-kejayaan-projek-empangan-ulu-padas-hajiji\/","title":{"rendered":"DUN Sabah: Sabah komited pastikan kejayaan Projek Empangan Ulu Padas &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Kerajaan negeri komited untuk memastikan Projek Empangan Ulu Padas di Tenom berjaya dilaksanakan, demi memenuhi keperluan tenaga mampan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, isu menamatkan kontrak Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. sepatutnya tidak timbul kerana syarikat itu bukanlah kontraktor utama dalam projek berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, syarikat itu hanya memegang 15 peratus pegangan saham dalam syarikat pemaju, iaitu Upper Padas Power Sdn. Bhd manakala, selebihnya dimiliki oleh Gamuda Berhad dengan 45 peratus pegangan dan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., milik penuh Kerajaan Negeri Sabah dengan 40 peratus pegangan saham.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sebagai pemegang saham majoriti, Gamuda Berhad dilantik sebagai pemaju utama dan bertanggungjawab untuk mengetuai keseluruhan pelaksanaan projek.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni termasuk reka bentuk, pembinaan dan pengurusan pelaksanaan teknikal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Gamuda Berhad bukan sahaja memiliki rekod prestasi yang kukuh dalam pelaksanaan projek-projek infrastruktur berskala besar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMereka juga membawa kelebihan dari segi keupayaan kewangan, dengan sokongan dana sedia ada sebanyak RM4.65 bilion yang diperoleh menerusi institusi kewangan tempatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (UMNO-Lamag) mengenai justifikasi kerajaan membenarkan syarikat Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd terus terlibat dalam projek empangan terbabit walaupun gagal melaksanakannya sejak 2015.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, Gamuda Berhad juga menyatakan komitmen kukuh terhadap kejayaan projek ini melalui Majlis Pecah Tanah Projek Empangan Ulu Padas yang disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenom pada 7 Disember 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Struktur perkongsian strategik turut dirangka secara teliti bagi memastikan pelaksanaan projek memenuhi kehendak semua pihak berkepentingan, termasuk kerajaan negeri, pihak pelabur, serta komuniti yang bakal menerima manfaat daripada projek ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSyarikat Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. antara pihak awal yang terlibat dalam proses inisiatif dan perancangan awal projek berkenaan sejak 2015,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, walaupun kini hanya sebagai pemegang saham minoriti, mereka masih memainkan peranan dalam kesinambungan pelaksanaan projek.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Keterlibatan mereka juga perlu dilihat dalam konteks komitmen jangka panjang dan usaha awal untuk membawa projek ini ke tahap kelulusan dan pelaksanaan seperti yang sedang berlangsung hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sehubungan itu, berdasarkan struktur pemilikan semasa, tanggungjawab pelaksanaan kini diletakkan di bahu pemegang saham majoriti, khususnya Gamuda Berhad sebagai peneraju utama, dengan Sabah Energy Corporation sebagai wakil rasmi kerajaan negeri,&#8221; jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, perkongsian berkenaan turut mendapat kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan sebarang perubahan besar seperti penamatan rakan kongsi perlu melalui proses penilaian perundangan, kewangan dan teknikal yang menyeluruh.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kerajaan negeri komited untuk memastikan Projek Empangan Ulu Padas di Tenom berjaya dilaksanakan, demi memenuhi keperluan tenaga&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29567,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29566","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29566","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29566"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29566\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29568,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29566\/revisions\/29568"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29567"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29566"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29566"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29566"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}