{"id":29569,"date":"2025-04-14T08:32:04","date_gmt":"2025-04-14T08:32:04","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29569"},"modified":"2025-04-14T08:32:52","modified_gmt":"2025-04-14T08:32:52","slug":"dun-sabah-kerajaan-perlu-percepatkan-kelulusan-permohonan-tanah-adat-mohd-shafie","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dun-sabah-kerajaan-perlu-percepatkan-kelulusan-permohonan-tanah-adat-mohd-shafie\/","title":{"rendered":"DUN Sabah : Kerajaan perlu percepatkan kelulusan permohonan tanah adat &#8211; Mohd Shafie"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Kelewatan menyelesaikan permohonan tanah adat atau \u2018Native Title\u2019 merupakan satu bentuk penafian hak asasi rakyat di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, isu tanah anak negeri bukan sekadar soal pentadbiran atau teknikal, sebaliknya ia adalah soal keadilan yang sudah lama tertangguh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sehingga kini lebih 30,000 permohonan Native Title masih belum diselesaikan, ada yang telah menunggu 10 hingga 15 tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTanah adat bukanlah satu \u2018anugerah\u2019 daripada kerajaan, sebaliknya merupakan hak asal-usul rakyat peribumi yang diiktiraf oleh undang-undang dan termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan perlombongan emas di kawasan tanah adat, khususnya di Nagos, Semporna yang didakwanya berpotensi mengancam hak dan kehidupan masyarakat tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya beri amaran keras, jangan sentuh tanah adat di Nagos. Ia bukan untuk dikaut oleh syarikat luar demi keuntungan jangka pendek. Ini tanah warisan yang harus dipertahankan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan negeri perlu segera menggubal pelan tindakan yang telus, adil dan berpaksikan rakyat untuk menyelesaikan tunggakan permohonan tanah adat serta menghentikan sebarang bentuk eksploitasi terhadap kawasan berkenaan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Shafie turut menzahirkan kebimbangan terhadap hala tuju ekonomi negeri yang masih bergantung kepada eksport bahan mentah dan kurang nilai tambah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKegagalan kerajaan negeri membina ekonomi berasaskan industri kecil dan teknikal adalah bukti ketiadaan visi dan keberanian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMasalah utama Sabah bukanlah kekurangan sumber, tetapi ketiadaan visi untuk memanfaatkannya,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut mempersoalkan ketelusan pelaburan sebanyak RM6.5 bilion yang diumumkan oleh kerajaan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBerapa banyak yang benar-benar direalisasikan? Siapakah pelabur sebenar? Dan paling penting, apakah manfaat kepada rakyat?\u201d<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita dapati bahawa banyak projek besar seperti SOGIP lebih menguntungkan syarikat luar daripada penduduk tempatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kelewatan menyelesaikan permohonan tanah adat atau \u2018Native Title\u2019 merupakan satu bentuk penafian hak asasi rakyat di negeri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29570,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29569","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29569","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29569"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29569\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29571,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29569\/revisions\/29571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29570"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29569"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29569"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29569"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}