{"id":29621,"date":"2025-04-16T08:18:02","date_gmt":"2025-04-16T08:18:02","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29621"},"modified":"2025-04-16T08:18:02","modified_gmt":"2025-04-16T08:18:02","slug":"dun-sabah-skim-bantuan-kesihatan-smj-beri-manfaat-besar-kepada-pesakit-kurang-berkemampuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dun-sabah-skim-bantuan-kesihatan-smj-beri-manfaat-besar-kepada-pesakit-kurang-berkemampuan\/","title":{"rendered":"DUN Sabah: Skim Bantuan Kesihatan SMJ beri manfaat besar kepada pesakit kurang berkemampuan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Skim Bantuan Kesihatan SMJ \u2018Sabah Sejahtera\u2019 merupakan usaha meringankan beban pesakit buah pinggang tahap akhir khususnya terhadap golongan kurang berkemampuan di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, sebanyak RM8.5 juta disalurkan Kerajaan Negeri pada tahun ini melibatkan RM4 juta bagi kos rawatan serta RM4.5 juta untuk pembelian mesin hemodialisis.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, kerajaan menanggung sepenuhnya kos rawatan hemodialisis di hospital serta klinik kerajaan serta rawatan CAPD di rumah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebanyak 100 buah mesin hemodialisis akan dibekalkan ke 25 hospital dan klinik sebagai penggantian kepada 474 mesin yang sudah tidak berfungsi dengan baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSkim ini kini memberi tumpuan kepada rawatan pesakit buah pinggang, namun kementerian merancang untuk meluaskan skopnya kepada perkhidmatan rawatan lain berdasarkan keperluan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuatim beliau mengakui keperluan teknologi rawatan baharu bagi penyakit talasemia dan menegaskan sebarang teknologi baharu perlu melalui proses penilaian ketat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam masa sama kerajaan meluluskan naik taraf Klinik Kesihatan Penampang kepada Jenis 3 di bawah Rolling Plan Keempat RMKe-12.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cManakala Hospital Penampang dicadangkan dalam RP1 RMKe-13 dengan tapak baharu dikenal pasti di Kampung Maang,\u201d jelas James.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas isu pesakit buah pinggang di Sandakan, beliau menyatakan Hospital Duchess of Kent (HDOK) merekodkan peningkatan jumlah pesakit hemodialisis dan CAPD dari tahun ke tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebanyak RM22 juta diperuntukkan untuk kerja naik taraf HDOK pada tahun ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan negeri bekerjasama dengan KKM bagi menambah jawatan doktor pakar dan petugas kesihatan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau juga memaklumkan keperluan tempat letak kereta bertingkat di HDOK ditangani melalui peminjaman tanah bersebelahan, perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan serta kemungkinan penglibatan pihak swasta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi Hospital Tawau, proses tender sedang dijalankan bagi sistem makmal catheterization (cath lab), selaras dengan usaha menjadikan hospital itu pusat rawatan jantung invasif di Pantai Timur Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">James turut memberi jaminan bahawa isu kesesakan di Klinik Kesihatan Tawau akan diatasi melalui penaiktarafan fasiliti kesihatan sekitar seperti Klinik Kubota, Kinabutan dan Taman Semarak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebanyak lapan unit mesin hemodialisis juga akan diagihkan ke Hospital Tawau dalam waktu terdekat sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan nefrologi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKeadaan perkhidmatan pembersihan dan keselamatan di fasiliti kesihatan, pihak kementerian telah mengemukakan permohonan perluasan perkhidmatan tersebut kepada KKM melalui JKNS,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, beliau mengumumkan bahawa Klinik Kesihatan Kemabong akan menerima mesin hemodialisis baharu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cManakala keperluan klinik lain juga akan diberi pertimbangan berdasarkan kesesuaian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebuah hospital hanya boleh berstatus Hospital Negeri sekiranya memiliki minimum 40 perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHospital Tawau dan HDOK kini masing-masing mempunyai 18 dan 16 perkhidmatan tersebut,\u201d kata James.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Skim Bantuan Kesihatan SMJ \u2018Sabah Sejahtera\u2019 merupakan usaha meringankan beban pesakit buah pinggang tahap akhir khususnya terhadap&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29622,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-29621","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29621","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29621"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29621\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29623,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29621\/revisions\/29623"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29622"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29621"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29621"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29621"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}