{"id":29624,"date":"2025-04-16T08:35:53","date_gmt":"2025-04-16T08:35:53","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29624"},"modified":"2025-04-16T08:36:21","modified_gmt":"2025-04-16T08:36:21","slug":"dun-sabah-masalah-banjir-di-kawasan-projek-lebuhraya-pan-borneo-ditangani-segera-limus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dun-sabah-masalah-banjir-di-kawasan-projek-lebuhraya-pan-borneo-ditangani-segera-limus\/","title":{"rendered":"DUN Sabah: Masalah banjir di kawasan Projek Lebuhraya Pan Borneo ditangani segera &#8211; Limus"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memberi jaminan masalah isu banjir di kawasan rendah tidak akan dipandang ringan dalam pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, kementerian mengutamakan langkah mitigasi banjir sejak dari peringkat awal perancangan projek bagi memastikan pembangunan tidak menjejaskan sistem saliran sedia ada.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, setiap jajaran lebuh raya melalui proses penilaian ketat melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah, termasuk penggunaan standard MSMA berdasarkan purata ulangan hujan 50 tahun (50-year ARI).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cReka bentuk pembetung, simulasi banjir dan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) turut diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) Sabah sebelum sebarang kerja pembinaan dimulakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSimulasi banjir sangat penting dalam memastikan pembinaan lebuh raya tidak mengubah aliran air semula jadi secara drastik, sekali gus mengelak banjir yang lebih buruk di kawasan terlibat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Dr. Daud Yusof (Bongawan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Limus berkata,kementeriannya mengambil langkah proaktif di kawasan sering terjejas seperti Beaufort, dengan membina jalan bertingkat sebagai penyelesaian jangka panjang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cBeaufort adalah antara kawasan yang kerap dilanda banjir. Pembinaan jalan bertingkat di kawasan itu bukan sahaja mengurangkan risiko banjir, malah meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cDalam fasa pembinaan, kementerian juga memastikan pihak kontraktor melaksanakan penyelenggaraan sistem saliran sementara dan baharu bagi memastikan aliran air tidak terhalang akibat kelodak atau sampah,\u201d jelas Limus.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, pihak memantau secara berkala kerja-kerja pembersihan longkang dan perparitan agar tidak ada halangan yang boleh menyebabkan limpahan air.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSelain itu, beberapa penambahbaikan reka bentuk perparitan turut dilakukan berdasarkan keadaan semasa di lapangan, terutama di lokasi yang didapati mudah dinaiki air.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah menjadi penghubung utama dalam memastikan penyelarasan dilakukan secara berkesan antara agensi-agensi terlibat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau berkata hasil kerjasama tersebut telah membawa kepada beberapa tindakan penambahbaikan seperti menaik taraf saiz pembetung untuk meningkatkan kapasiti saliran air.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, setiap kerja pembinaan yang melibatkan kawasan berhampiran sungai juga memerlukan kelulusan rasmi terlebih dahulu sebagai langkah kawalan risiko banjir.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, kementerian menyedari bahawa isu banjir tidak boleh diselesaikan hanya melalui pendekatan dalam projek Pan Borneo semata-mata.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cOleh itu, kami akan terus mempergiat kerjasama bersepadu bersama agensi lain bagi menangani isu banjir secara holistik, khususnya di kawasan luar jajaran Pan Borneo.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPenyelesaian jangka panjang terhadap isu banjir memerlukan perancangan menyeluruh dan tindakan bersepadu melibatkan pelbagai peringkat agensi,\u201d kata Limus.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memberi jaminan masalah isu banjir di kawasan rendah tidak akan dipandang ringan dalam pelaksanaan Projek Lebuhraya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29625,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-29624","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29624","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29624"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29624\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29626,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29624\/revisions\/29626"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29624"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29624"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29624"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}