{"id":29629,"date":"2025-04-17T01:19:19","date_gmt":"2025-04-17T01:19:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29629"},"modified":"2025-04-17T01:19:19","modified_gmt":"2025-04-17T01:19:19","slug":"dun-sabah-lesen-mencarigali-di-nagos-lindungi-kepentingan-sabah-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dun-sabah-lesen-mencarigali-di-nagos-lindungi-kepentingan-sabah-hajiji\/","title":{"rendered":"DUN Sabah: Lesen mencarigali di Nagos lindungi kepentingan Sabah \u2013 Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa pemberian lesen mencarigali kepada syarikat swasta di kawasan Nagos bukanlah satu bentuk pengabaian kepentingan Kerajaan Negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, ia sebaliknya satu strategi kewangan yang berhemah dan berasaskan pengurusan risiko yang bijak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menjawab soalan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Senallang) semasa menggulung untuk Jabatan Ketua Menteri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini yang bertanya sekiranya akan ada pembangunan emas di kawasan seluas hampir 1,000 hektar itu, Hajiji menjelaskan bahawa kawasan tersebut hanya diberikan lesen mencarigali (Prospecting Licence), bukannya pajakan melombong (Mining Lease).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cLesen mencarigali bukan bermaksud hak untuk melombong. Sebarang kepentingan Kerajaan seperti ekuiti, royalti, fi pajakan melombong dan lain-lain hanya akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet sekiranya kawasan tersebut bergerak ke fasa pajakan melombong,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, penerokaan mineral merupakan satu aktiviti berisiko tinggi yang memerlukan pelaburan awal yang besar tanpa jaminan pulangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Oleh itu, langkah memberikan lesen kepada entiti swasta membolehkan Kerajaan Negeri mengelak daripada menanggung risiko kewangan dan operasi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSemua kos penerokaan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta yang memegang lesen mencarigali tersebut. Dengan memindahkan risiko ini, Kerajaan Negeri dibebaskan daripada keperluan untuk melabur modal, mengurus operasi atau menjalankan pemasaran dan jualan,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji turut memaklumkan bahawa sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Sabah Mineral Management (SMM), telah ditubuhkan sebagai agensi utama untuk memantau dan mengawal selia aktiviti ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSMM akan memastikan hanya entiti yang berkelayakan dan berkepakaran diberikan lesen. Ia juga akan bertanggungjawab memastikan pengisytiharan royalti yang tepat dan kutipan hasil yang efisien, di samping memastikan segala aktiviti perlombongan dijalankan secara mampan dan mematuhi piawaian ESG bertaraf dunia,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurut beliau lagi, usaha ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menjana hasil secara bertanggungjawab sambil memelihara sumber alam semula jadi Sabah untuk generasi akan datang.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa pemberian lesen mencarigali kepada syarikat swasta di kawasan Nagos&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29630,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29629","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29629","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29629"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29629\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29631,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29629\/revisions\/29631"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29629"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29629"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29629"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}