{"id":29632,"date":"2025-04-17T01:39:05","date_gmt":"2025-04-17T01:39:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29632"},"modified":"2025-04-17T01:39:05","modified_gmt":"2025-04-17T01:39:05","slug":"enakmen-sedco-tidak-wajibkan-ggm-harus-bumiputera-rubin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/enakmen-sedco-tidak-wajibkan-ggm-harus-bumiputera-rubin\/","title":{"rendered":"Enakmen SEDCO tidak wajibkan GGM harus Bumiputera &#8211; Rubin"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) tidak mewajibkan pelantikan pegawai kanan terutama Pengurus Besar Kumpulan (GGM) dalam kalangan Bumiputera.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusinya, Datuk Rubin Balang berkata\u00a0dasar SEDCO membantu kaum Bumiputera di Sabah adalah jelas, dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, SEDCO ditubuhkan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi, menggerakkan pembangunan bandar-bandar di negeri ini, selain membantu kaum Bumiputera dalam pembangunan sosio ekonomi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTerdapat pihak mengkritik pelantikan GGM SEDCO yang baharu bukan dalam kalangan Bumiputera kerana sejak dahulu semua penyandang jawatan itu adalah kaum Bumiputera.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cEnakmen SEDCO tidak mewajibkan pelantikan pegawai kanan termasuk GGM datang dari kaum Bumiputera,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong berkata ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Rubin menegaskan, dalam konteks masyarakat majmuk ada baiknya integrasi kaum dalam jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan membawa suasana yang lebih sihat dalam GLC.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau mencadangkan kepada kerajaan agar melakukan perubahan kepada polisi dan peraturan yang melambatkan pelaksanaan projek pembangunan apabila berlaku kerosakan pada utiliti dan infrastruktur asas rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan perlu segera melantik kontraktor untuk membaiki kerosakan secara design dan build, tanpa menunggu pelbagai proses kelulusan, prosedur lapuk dan kerenah birokrasi tidak wajar,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Rubin mengambil contoh, jalan utama Kilometer 15 Tenom-Kemabong-Sipitang yang akan runtuh pada bila-bila masa dan berbahaya kepada para pengguna, sehingga kini masih belum diperbaiki.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTolonglah jangan tunggu sehingga sesudah berlaku runtuhan keseluruhan jalan berkenaan baharu pihak berwajib mengambil tindakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya cadangkan supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah diberi kuasa secara mutlak untuk menangani segera jalanraya yang rosak, termasuk melantik kontraktor dengan segera bagi membaik pulih jalan-jalan berkenaan,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) tidak mewajibkan pelantikan pegawai kanan terutama Pengurus Besar Kumpulan (GGM) dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29633,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29632","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29632","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29632"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29632\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29634,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29632\/revisions\/29634"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29633"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29632"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29632"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29632"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}