{"id":29655,"date":"2025-04-20T02:28:12","date_gmt":"2025-04-20T02:28:12","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29655"},"modified":"2025-04-20T02:30:54","modified_gmt":"2025-04-20T02:30:54","slug":"keputusan-tidak-popular-bak-senjata-makan-tuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/keputusan-tidak-popular-bak-senjata-makan-tuan\/","title":{"rendered":"Keputusan Tidak Popular Bak Senjata Makan Tuan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Profesor Madya Dr.Jakaria Dasan<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Dalam setiap organisasi, pasti akan tiba saat di mana keputusan sukar perlu dibuat. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">keputusan yang sering kali berani, strategik dan berlandaskan visi jangka panjang. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Namun, apabila keputusan ini dilihat sebagai mendadak atau tidak selari, ia menjadi tidak popular. Bak maksud peribahasa, \u201csenjata makan tuan.\u201d <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Terdapat pelbagai contoh yang berlaku hari ini dan pada masa lepas yang dilakukan sama ada oleh pemimpin sesebuah kerajaan atau pun organisasi yang menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dari perspektif perniagaan, keputusan sebegini disebut sebagai strategi drastik. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Namun implikasinya mungkin membawa kepada kerugian jika silap membaca corak pasaran. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dari perspektif politik, ianya dilihat sebagai kamikazi kerana jika salah percaturan keputusan yang dibuat di luar kebiasaan akan berakhir dengan kejatuhan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Manakala, bagi profesional sumber manusia (HR) pula, detik sebegini boleh menjadi titik perubahan \u2014 bukan sahaja dari sudut strategi, malah dalam aspek kepercayaan, semangat kerja, dan keterikatan organisasi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kadangkala keputusan tidak popular sebegini disebut sebagai penstrukturan semula. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Di sinilah berlakunya perubahan amalan yang diiringi dengan keraguan oleh kalangan warga sesebuah organisasi dan masyarakat umum. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hakikatnya, bilamana keputusan tidak popular itu membawa masuk sumber manusia yang memiliki karisma dan bakat yang disokong oleh fakta dan statistik maka keputusan tidak popular seharusnya diberikan peluang seadilnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Penulisan ini mengupas anatomi sebuah keputusan yang tidak popular dari sudut pengurusan sumber manusia. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Penelitian ditumpukan kepada bagaimana tindakan berani, walaupun perlu, boleh mencetuskan tentangan, serta bagaimana pemimpin HR boleh mengurus kesannya, membina semula naratif, serta menjaga keharmonian budaya kerja.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s3\">Penstrukturan Semula yang Menonjol: Strategi Bertembung Persepsi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Keputusan organisasi yang besar sering hadir dalam bentuk penstrukturan atau pun penyusunan semula. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kepimpinan ditukar, pasukan diagihkan semula, dan individu baharu diperkenalkan untuk memacu perubahan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dari sudut HR, ini mungkin langkah yang tepat \u2014 satu pelarasan semula demi kekal tangkas dalam landskap yang berubah cepat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Namun, persepsi dalaman yang serta-merta sering kali berbunyi:<br \/>\n\u201cOrang yang salah, pada masa yang salah.\u201d <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kakitangan terasa terkejut. Kepercayaan kepada kepimpinan mula goyah. Tanpa komunikasi yang jelas, khabar angin mengambil alih. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Apa yang dilihat HR sebagai strategik, mungkin dialami oleh organisasi sebagai kekeliruan, bahkan hukuman. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kesesuaian ini bukan terletak pada <\/span><span class=\"s3\">apa<\/span><span class=\"s2\"> yang dilakukan, tetapi <\/span><span class=\"s3\">bagaimana<\/span><span class=\"s2\"> ia dilakukan\/ Lebih penting lagi, bagaimana ia dirasai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s3\">Refleksi Kepimpinan: Keputusan Sukar, Pengajaran Senyap. <\/span><span class=\"s2\">Dalam satu situasi yang mencabar, kakitangan diminta untuk menerima sahaja pelantikan seorang pemimpin baharu yang memiliki kemahiran teknikal kukuh tetapi tidak dikenali oleh pasukan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pemimpin baharu ini menggantikan seorang pengurus lama yang dihormati, vokal, dan sangat sinonim dengan identiti syarikat. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Secara strategik, keputusan itu munasabah. Mesej yang digembar-gemburkan ialah organisasi memerlukan keupayaan baharu, dan kesiapsiagaan masa depan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Namun kesannya dalam pasukan yakni dalam kalangan warga adalah sangat mendalam dan segera. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kesetiaan kepada pemimpin lama bertukar menjadi rasa curiga terhadap yang baharu. Hatta, kepada pengurusan keseluruhannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pengajaran sebenar bukan pada keputusan itu sendiri, tetapi pada kegagalan komunikasi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pengurusan tidak membina naratif lebih awal. Dengan kata lain, pengurusan gagal untuk mempersiapkan pasukan mengenai sesuatu tindakan drastik akan diputuskan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Ini menunjukkan bahawa perubahan diperkenalkan tanpa konteks. Akibatnya, perubahan yang perlu itu dilihat mengundang bibit perpecahan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pada akhirnya, peralihan tersebut berjaya secara teknikal, tetapi pengurusan bakal kehilangan kestabilan pasukan untuk suatu tempoh masa yang tidak dapat ditentukan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s3\">Kos Sebenar Akibat Keputusan Tidak Popular.<\/span> <span class=\"s2\">Dari sudut HR, kos keputusan tidak popular tidak selalu diukur melalui prestasi atau hasil. Sering kali, ia terserlah dalam situasi berikut;<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">1. <\/span><span class=\"s3\">Kemerosotan penglibatan pekerja<\/span><span class=\"s2\">: Keputusan tanpa penjelasan menjejaskan keyakinan dan mencipta emosi yang disalut persepsi, dan tidak mustahil menerbitkan rasa saling tidak percaya dan kebencian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">2. <\/span><span class=\"s3\">Kehilangan kredibiliti kepimpinan<\/span><span class=\"s2\">: Tanpa komunikasi yang telus, pemimpin dilihat sebagai bersikap penting diri kerana sewenang-wenangnya membuat keputusan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">3. <\/span><span class=\"s3\">Gangguan kepada budaya kerja<\/span><span class=\"s2\">: Penyusunan semula tanpa penjajaran nilai melemahkan ikatan sosial antara pasukan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Situasi-situasi ini jarang tertera dalam laporan. Namun ianya jelas terasa dalam setiap mesyuarat pasukan, perbualan di pantri, dan komen-komen nakal atau gosip liar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s3\">Mengurus Krisis: Peranan Kritikal HR<\/span><span class=\"s1\">. <\/span><span class=\"s2\">Keputusan tidak popular akan sentiasa menjadi sebahagian daripada cabaran HR. Namun, kesannya boleh diminimakan dengan pendekatan bijak seperti berikut:<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">1. <\/span><span class=\"s3\">Bina naratif lebih awal.<\/span> <span class=\"s2\">Perubahan tidak bermula dengan tindakan mendadak dan hanya dalam kalangan pengurusan utama sahaja. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Ia seharusnya dimulakan dengan kemungkinan yang disokong dengan logik. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dengan kata lain, terangkan kenapa sebelum umumkan apa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">2. <\/span><span class=\"s3\">Libatkan pemimpin tidak formal dalam pasukan.<\/span> <span class=\"s2\">Setiap pasukan mempunyai \u2018pempengaruh\u2019 tersendiri. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Libatkan mereka lebih awal. Sokongan mereka mampu mengubah haluan persepsi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">3. <\/span><span class=\"s3\">Sediakan pasukan menghadapi lengkung emosi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Walaupun perubahan itu perlu, ia tetap mencetuskan reaksi seperti penafian, kemarahan, dan penolakan. Fikirkan cara dan kaedah lebih awal dalam menormalisasikannya kelak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s3\">Bila Keberanian Selari dengan Penjajaran.<\/span> <span class=\"s2\">Dalam pengurusan HR, kita seumpama berjalan di atas tali antara pelaksanaan perubahan strategik dan penjagaan hubungan insan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Keputusan tidak popular bukanlah salah secara semula jadi. Namun, jika diurus dengan cara yang salah, ia boleh meninggalkan parut. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kenyataannya: walaupun keputusan itu betul, ia tetap boleh gagal jika diperkenalkan pada masa yang salah, dengan cara yang salah, oleh suara yang salah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">HR bukan hanya mengurus sistem. Ia juga mengurus emosi. Dan apabila langkah berani diperlukan, HR mesti menjadi penterjemah antara logik dan perasaan, strategi dan cerita. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kerana akhirnya, yang diingati oleh orang ramai ialah bagaimana ia boleh berlaku dan bukan sekadar apa yang berlaku.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Biodata Penulis: <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Profesor Madya Dr. Jakaria Dasan<\/span><span class=\"s2\"> merupakan Pensyarah di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS dan mempunyai kepakaran akademik Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau juga mempunyai pengalaman pentadbiran pengurusan sumber manusia di industri dan di UMS.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Profesor Madya Dr.Jakaria Dasan \u00a0Dalam setiap organisasi, pasti akan tiba saat di mana keputusan sukar perlu dibuat. keputusan yang sering&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29656,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[17],"tags":[],"class_list":["post-29655","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29655","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29655"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29655\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29658,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29655\/revisions\/29658"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29656"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29655"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29655"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29655"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}