{"id":29698,"date":"2025-04-21T22:50:49","date_gmt":"2025-04-21T22:50:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29698"},"modified":"2025-04-21T22:50:49","modified_gmt":"2025-04-21T22:50:49","slug":"tiada-masalah-bina-kilang-simen-di-dalam-hutan-kata-masiung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tiada-masalah-bina-kilang-simen-di-dalam-hutan-kata-masiung\/","title":{"rendered":"\u201cTiada masalah bina kilang simen di dalam hutan,\u201d kata Masiung"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TONGOD : \u201cApa masalahnya kilang simen dibina di dalam hutan, tak kan kita bina dalam bandar pula,\u201d kata, Pengerusi Borneo Cemet Sabah (BCS) Sdn Bhd, Datuk Masiung Banah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, bukankah lebih baik zon perindustrian kilang simen terletak jauh di kawasan hutan kerana jika dibina berdekatan bandar sudah tentu ia akan menimbulkan masalah sisa pepejal dan pencemaran udara yang kritikal.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_29700\" aria-describedby=\"caption-attachment-29700\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-29700\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FF5755E1-F86E-41AC-B330-0D97DF5C555C-300x212.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"212\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FF5755E1-F86E-41AC-B330-0D97DF5C555C-300x212.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FF5755E1-F86E-41AC-B330-0D97DF5C555C-768x543.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/FF5755E1-F86E-41AC-B330-0D97DF5C555C.jpeg 1000w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-29700\" class=\"wp-caption-text\">Micheal menyerahkan borang kemasukan Gagasan Rakyat kepada Masiung (kiri).<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelain batu kapur, bahan-bahan komponen dijadikan simen seperti tanah liat, pasir dan batu terdapat dalam zon perindustrian kilang berkenaan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kampung Sogo-Sogo, di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu, isu itu dibangkitkan ADUN Lamaq, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dalam Persidangan Dewan Negeri (DUN) Sabah pada 15 April lalu<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung dalam nada sinis mempersoalkan pembinaan kilang simen itu dan menyifatkan ia tidak mungkin boleh beroperasi kerana didirikan di kawasan hutan tanpa bekalan elektrik, air dan akses jalan raya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Perhubungan UMNO Sabah itu juga mendakwa, pelabur utama kilang simen berkenaan juga telah menarik diri sebaliknya wujud pembalakan di kawasan terbabit.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Masiung berkata, kenapa Bung tidak menyokong kewujudan kilang simen berkenaan sedangkan ia memberi impak ekonomi yang luas kepada warga Tongod.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMungkin juga Bung mempunyai agenda lain kerana tindakan beliau itu telah menimbulkan kemarahan penduduk Tongod seolah-olah projek klinker yang dalam proses pelaksanaan itu menemui kegagalan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan beliau sepatutnya menyokong usaha murni itu kerana ia menawarkan lebih 1,000 pekerjaan kepada penduduk tempatan selain peluang perniagaan kepada warga Tongod yang disenaraikan sebagai daerah termiskin di Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Masiung menasihatkan Bung supaya jangan mudah melatah hanya kerana mengutip cerita kedai kopi, sebaliknya beliau boleh melawat sendiri perkembangan kerja-kerja peringkat awal di kawasan perindustrian kilang simen berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beliau tidak nampak wujud pembalakan di kawasan zon perindustrian kilang simen kerana hampir keseluruhan kawasan yang bakal di lombong hanya ditumbuhi batu kapur.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, pelabur utama Sinoma International Engineering Co. Ltd dari China dan BCS kini sedang giat menjalankan kerja-kerja awal membina jalanraya dari tapak kilang Kampung Kayawoi menuju jalan utama ke Kampung Matiku, Nabawan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu katanya, kerja-kerja penyambungan elektrik dan air kini sedang dibina serentak selain mendirikan menara telekomunikasi optik untuk memudahkan perhubungan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProjek kilang klinker dan simen bernilai RM1.2 bilion itu telah dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada April tahun lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada majlis itu, Masiung turut menerima seramai 112 ahli baharu diketuai bekas pesara guru, Micheal Tamoi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kuamut.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TONGOD : \u201cApa masalahnya kilang simen dibina di dalam hutan, tak kan kita bina dalam bandar pula,\u201d kata, Pengerusi Borneo&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29699,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-29698","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29698","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29698"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29698\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29701,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29698\/revisions\/29701"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29699"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29698"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29698"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29698"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}