{"id":29709,"date":"2025-04-22T06:53:15","date_gmt":"2025-04-22T06:53:15","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29709"},"modified":"2025-04-22T06:53:15","modified_gmt":"2025-04-22T06:53:15","slug":"inisiatif-ecos-bagi-pembangunan-negeri-kesejahteraan-rakyat-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/inisiatif-ecos-bagi-pembangunan-negeri-kesejahteraan-rakyat-hajiji\/","title":{"rendered":"Inisiatif ECoS bagi pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Pelbagai inisiatif diambil Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) bagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah, khususnya dalam sektor tenaga.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ini termasuklah pelancaran Label Keselamatan ECoS-SIRIM versi terkini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menyifatkan inisiatif ini adalah satu langkah proaktif ECoS untuk melindungi kepentingan pengguna termasuk memastikan hanya peralatan elektrik dan gas yang selamat serta berkualiti tinggi akan dipasarkan di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPelancaran label ini juga membawa kepada program penting yang berkaitan iaitu Memorandum Persefahaman (MoU) diantara ECoS dan Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerjasama strategik ini sangat penting dan menzahirkan pengiktirafan bersama terhadap keselamatan peralatan elektrik dan gas serta menekankan peranan ECoS dalam memastikan produk digunakan rakyat memenuhi piawaian tertinggi,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, ini menunjukkan satu lagi bidang kerjasama untuk manfaat bersama hasil pertalian erat sedia terjalin di antara Sabah dan Sarawak melalui kedua-dua badan berkuasa pengawalselia masing-masing.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya yakin dengan termetrinya MoU ini, akan memperluaskan pasaran produk-produk yang berkualiti dan diiktiraf bagi kemudahan pengguna dan peniaga kedua-dua negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mengingatkan orang ramai agar mengutamakan keselamatan elektrik dan gas serta memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan barangan pengguna terutamanya barangan yang berisiko tinggi,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, dengan lambakan pelbagai barangan daripada luar negara yang masuk ke negara ini, termasuk Sabah akan memberi faedah kepada pengguna daripada segi kepelbagaian pilihan dan harga yang ditawarkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun aspek keselamatan barangan perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang berkaitan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita mahu pihak bertanggungjawab sentiasa berusaha memperkukuhkan perlindungan pengguna khususnya dalam aspek keselamatan barangan pengguna.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kerajaan negeri menyokong dan amat mengalu-alukan usaha yang diambil oleh ECoS bersama kerajaan Sarawak dalam aspek keselamatan peralatan elektrik dan gas di kedua-dua negeri&#8221;, tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji optimis, penubuhan ECoS telah membuka lembaran baharu dalam pengurusan sektor tenaga di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, dengan kuasa pengawalseliaan yang telah dimandatkan melalui lunas undang-undang, ECoS perlu terus komited untuk memastikan pembangunan sektor tenaga yang teratur dan cekap, yang akan menyokoung pembangunan ekonomi Sabah serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pelbagai inisiatif diambil Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) bagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah, khususnya dalam sektor&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29710,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-29709","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29709","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29709"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29709\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29711,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29709\/revisions\/29711"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29710"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29709"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29709"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29709"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}