{"id":29746,"date":"2025-04-24T10:26:46","date_gmt":"2025-04-24T10:26:46","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29746"},"modified":"2025-04-24T10:37:42","modified_gmt":"2025-04-24T10:37:42","slug":"tawau-dipilih-tuan-rumah-festival-bahasa-sastera-peringkat-negeri-23-hingga-24-julai-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tawau-dipilih-tuan-rumah-festival-bahasa-sastera-peringkat-negeri-23-hingga-24-julai-ini\/","title":{"rendered":"Tawau dipilih tuan rumah Festival Bahasa Sastera Peringkat Negeri 23 hingga 24 Julai ini\u00a0"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Tawau dipilih sebagai tuan rumah Festival Bahasa dan Sastera (BAHTERA) Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 23 dan 24 Julai 2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Yuk Chin, Tawau.<\/p>\n<p>BAHTERA akan dirasmikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas.<\/p>\n<p>Pengarah\u00a0 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Jennitah Noordin berkata, BAHTERA merupakan program yang julung-julung kali dianjurkan DBP dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan beberapa agensi di sekitar daerah itu.<\/p>\n<p>\u201cFestival ini menjadi wadah bagi pencinta bahasa, sastera, pelajar dan masyarakat umum untuk mengenali serta mendalami keunikan bahasa dan karya sastera yang menjadi warisan bangsa,&#8221; katanya semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Nizam di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, festival itu bertujuan memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi utama serta memperkayakan apresiasi terhadap pelbagai bentuk karya sastera, termasuk puisi, cerpen, novel dan drama.<\/p>\n<p>&#8220;BAHTERA bukan sahaja menjadi platform untuk mempromosikan karya sastera tempatan, tetapi juga menggalakkan dialog antara budaya serta mengukuhkan jati diri bangsa melalui penghayatan bahasa dan seni.<\/p>\n<p>&#8220;Antara pengisian sepanjang festival itu ialah aktiviti Jom, Baca dan Warnai, Majalah Dalam Kelas, Pertandingan Forum Remaja 2025 Peringkat Negeri Sabah dan Pesta Buku Tawau,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Nizam mengalu-alukan pemilihan Tawau sebagai tuan rumah BAHTERA, dan menegaskan sekolah di Tawau sering muncul sebagai johan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri dan Kebangsaan.<\/p>\n<p>\u201cDengan adanya festival ini diharap generasi muda akan lebih menghargai bahasa dan sastera, sekali gus memastikan kelestarian warisan budaya dalam arus kemodenan.<\/p>\n<p>\u201cBAHTERA juga memberikan ruang kepada masyarakat untuk mengenali, memahami dan menghargai keindahan serta kepentingan karya sastera tempatan dan kebangsaan\u201d, katanya.<\/p>\n<p>Nizam berkata, sempena festival itu beliau akan mewakaf buku untuk lapan sekolah menengah dan sekolah rendah dalam kawasan DUN Apas.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Tawau dipilih sebagai tuan rumah Festival Bahasa dan Sastera (BAHTERA) Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 23&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29750,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-29746","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29746","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29746"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29746\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29748,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29746\/revisions\/29748"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29750"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29746"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29746"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29746"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}