{"id":29848,"date":"2025-05-01T01:15:43","date_gmt":"2025-05-01T01:15:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29848"},"modified":"2025-05-01T01:16:16","modified_gmt":"2025-05-01T01:16:16","slug":"peningkatan-kes-hfmd-berada-pada-tahap-membimbangkan-dr-maria","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/peningkatan-kes-hfmd-berada-pada-tahap-membimbangkan-dr-maria\/","title":{"rendered":"Peningkatan Kes HFMD Berada Pada Tahap Membimbangkan &#8211; Dr Maria"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat jumlah peningkatan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) pada tahap membimbangkan di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengarahnya, Dr Maria Suleiman berkata, sepanjang Januari hingga 19 April tahun ini, sejumlah 4,385 kes dilaporkan dikesan berlaku di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, 83 peratus daripada kes tersebut adalah melibatkan kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cLima daerah mencatat jumlah kumulatif tertinggi iaitu Kota Kinabalu (705 kes), diikuti Papar (578 kes), Penampang (450 kes), Keningau (431 kes), dan Tawau (262 kes).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMajoriti kes adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar dan setskat ini, tiada kes dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau kematian dilaporkan,\u201d katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr Maria berkata, peningkatan kes berkenaan turut menyebabkan lima sekolah menerima arahan penutupan kelas selepas kluster HFMD dikesan di 10 sekolah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, jangkitan banyak dilaporkan berlaku di rumah atau pusat pendidikan awal seperti taska, tadika dan pra-sekolah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cLangkah kawalan sudah diambil termasuk siasatan kes, persampelan makmal, promosi kesihatan dan pemeriksaan premis berisiko berpandukan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPemeriksaan ini menilai tahap kebersihan dan keberkesanan disinfeksi terutama dalam populasi berisiko,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, Dr Maria mengingatkan ibu bapa agar memastikan tahap kebersihan anak-anak terjaga termasuk mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSeain itu, para ibu bapa juga disaran untuk membersihkan alat mainan serta barangan peribadi secara berkala.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cCawan, tuala, dan berus gigi tidak boleh dikongsi. Kanak-kanak yang bergejala perlu segera mendapatkan rawatan dan tidak dibenarkan ke pusat jagaan atau tempat awam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cOrang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung pencegahan HFMD melalui laman infosihat.moh.gov.my atau Facebook KKM dan JKNS,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat jumlah peningkatan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) pada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":28728,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29848","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29848","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29848"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29848\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29849,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29848\/revisions\/29849"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28728"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29848"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29848"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29848"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}