{"id":29901,"date":"2025-05-03T02:28:56","date_gmt":"2025-05-03T02:28:56","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29901"},"modified":"2025-05-03T02:28:56","modified_gmt":"2025-05-03T02:28:56","slug":"starsabah-tegaskan-kekal-bersama-gabungan-rakyat-sabah-robert","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/starsabah-tegaskan-kekal-bersama-gabungan-rakyat-sabah-robert\/","title":{"rendered":"STARSABAH Tegaskan Kekal Bersama Gabungan Rakyat Sabah &#8211; Robert"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) menegaskan pendirian mereka untuk terus kekal dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 17 dalam tempoh tedekat.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Presidennya, Datuk Robert Tawik menegaskan, STARSABAH tidak akan meninggalkan GRS, walaupun timbul spekulasi bahawa parti itu bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) mungkin akan keluar daripada gabungan itu untuk bertanding secara solo selepas penubuhan PBStar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, GRS ditubuhkan berdasarkan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan perpaduan antara parti tempatan bagi mencapai kestabilan politik di negeri ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenubuhan rasmi GRS pada 11 Mac 2022 adalah satu langkah besar yang membuktikan kesatuan dan kematangan politik Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ia mencerminkan semangat muafakat serta keikhlasan semua parti terlibat untuk mengetepikan perbezaan demi kepentingan negeri tercinta ini,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Robert menegaskan bahawa kepimpinan gabungan ini berada dalam keadaan terbaik dengan kombinasi berpengalaman antara Presiden STARSABAH, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan, dan Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS serta Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGandingan dua tokoh besar ini bukan sahaja berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam negeri, tetapi juga menjadikan GRS satu gabungan yang disegani dan dihormati, termasuk oleh pihak Kerajaan Persekutuan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Keupayaan mereka dalam memperjuangkan hak-hak Sabah telah menghasilkan kejayaan besar, termasuk pemulihan semula pelbagai hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),\u201d ujar beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, STARSABAH yang kini memegang enam kerusi<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>Dewan Undangan Negeri, yakin bahawa sokongan akar umbi terhadap GRS amat kukuh, dan akan terus menyumbang kepada kejayaan gabungan itu dalam PRN ke-17 yang bakal diadakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita akan terus bekerja keras memastikan mandat rakyat dikekalkan dan kerajaan GRS terus diberi kepercayaan untuk memerintah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHanya dengan kestabilan kerajaan yang berterusan, lebih banyak pembangunan, peluang ekonomi dan insentif kebajikan dapat disampaikan kepada rakyat Sabah dari semua lapisan masyarakat,\u201d jelas Robert.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Robert turut menyeru semua penyokong dan ahli STARSABAH serta rakyat Sabah untuk terus berdiri teguh bersama GRS demi sebuah negeri yang maju, berdaya saing dan bermaruah.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) menegaskan pendirian mereka untuk terus kekal dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11923,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-29901","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29901","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29901"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29901\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29902,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29901\/revisions\/29902"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11923"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29901"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29901"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29901"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}