{"id":29903,"date":"2025-05-03T05:16:40","date_gmt":"2025-05-03T05:16:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29903"},"modified":"2025-05-03T05:16:40","modified_gmt":"2025-05-03T05:16:40","slug":"sabah-komited-perluas-kawasan-kinabalu-unesco-global-geopark-crocker-range-biosphere-reserve-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-komited-perluas-kawasan-kinabalu-unesco-global-geopark-crocker-range-biosphere-reserve-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah komited perluas kawasan Kinabalu UNESCO Global Geopark, Crocker Range Biosphere Reserve &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TUARAN : Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha memelihara khazanah alam semula jadi melalui peluasan kawasan Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGP) dan Crocker Range Biosphere Reserve.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ini sejajar dengan matlamat pembangunan lestari negeri di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap Taman Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia dan Global Geopark.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni termasuk Banjaran Crocker sebagai Biosphera Reserve, meletakkan Sabah sebagai antara tiga kawasan di dunia yang mencapai gelaran &#8220;Triple Crown of UNESCO.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bukan sahaja satu penghormatan, tetapi satu tanggungjawab besar. Kita mesti memperkukuhkan asas saintifik, meningkatkan kesedaran awam serta memelihara sumber semula jadi secara berterusan,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, cadangan peluasan KUGGP ke daerah Tuaran, merupakan langkah strategik yang menerima sokongan penuh kerajaan negeri. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKawasan ini bukan sahaja kaya dengan biodiversiti tetapi juga berpotensi tinggi dalam sektor eko-pelancongan dan pembangunan komuniti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mengumumkan rancangan untuk mewujudkan sebuah Pusat Kesedaran Awam atau galeri info di Tuaran, sebagai syarat tambahan bagi memenuhi kriteria UNESCO,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, pusat ini akan berfungsi sebagai platform utama untuk penyebaran maklumat dan pendidikan kepada masyarakat setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya mahu Jawatankuasa KUGGP bersama Pejabat Daerah Tuaran kenal pasti lokasi yang sesuai untuk penubuhan pusat ini. Ia penting bagi menyokong kesedaran komuniti terhadap kepentingan Geopark.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita turut menekankan bahawa pembangunan Geopark tidak hanya tertumpu kepada sains dan pemuliharaan, malah mampu memperkasa ekonomi komuniti melalui pelancongan berasaskan geokhazanah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita memiliki kelebihan semula jadi yang tidak terdapat di negeri lain seperti hutan hujan tropika, gunung, laut dan biodiversiti yang luar biasa,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji turut memberi contoh beberapa lokasi eko-pelancongan yang berjaya seperti Nohutu Eco-Tourism di Kota Belud, Kiulu Farmstay, Walai Tobilung Cultural Centre di Kota Marudu, dan Misompuru Homestay di Kudat, yang boleh dijadikan model kepada pembangunan eko-pelancongan di Tuaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita berharap hasil kejayaan Ekspedisi Saintifik Geo-Sulaman (EGOS 2025) baru selesai dilaksanakan, dapat didokumentasikan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk dijadikan asas dalam pembangunan pelan pengurusan, garis panduan serta bahan pendidikan berkaitan peluasan kawasan Geopark,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, Kerajaan negeri turut merancang ekspedisi saintifik tambahan di sekitar Banjaran Crocker, melibatkan daerah Ranau dan Tuaran sebagai persediaan memperluaskan lagi kawasan Crocker Range Biosphere Reserve.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKejayaan Geopark tidak hanya terletak pada namanya, tetapi pada usaha kolektif kita untuk belajar, berkongsi, dan melindungi khazanah alam ini agar kekal untuk generasi akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita yakin peluasan kawasan KUGGP dan Crocker Range Biosphere Reserve akan memberi manfaat menyeluruh, termasuk pemeliharaan alam sekitar, peningkatan pendidikan komuniti serta pembangunan sosioekonomi negeri,\u201d tambah Hajiji.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN : Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha memelihara khazanah alam semula jadi melalui peluasan kawasan Kinabalu UNESCO Global Geopark&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29904,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-29903","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29903","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29903"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29903\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29905,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29903\/revisions\/29905"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29904"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29903"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29903"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29903"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}