{"id":29961,"date":"2025-05-06T12:20:44","date_gmt":"2025-05-06T12:20:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=29961"},"modified":"2025-05-06T12:20:44","modified_gmt":"2025-05-06T12:20:44","slug":"demi-kuasa-fitnah-jadi-modal-utama-pembangkang-aksyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/demi-kuasa-fitnah-jadi-modal-utama-pembangkang-aksyah\/","title":{"rendered":"Demi Kuasa: Fitnah Jadi Modal Utama Pembangkang &#8211; Aksyah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Bekas Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Aksyah Nasrah, menyelar tindakan pembangkang yang didakwanya terus menerus menjadikan fitnah dan eksploitasi terhadap isu-isu sensitif sebagai senjata politik demi meraih kuasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan bahawa pembangkang dilihat ketandusan idea bernas untuk menawarkan hala tuju masa depan Sabah yang jelas dan meyakinkan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebaliknya, mereka menurutnya lebih gemar mengeksploitasi kesedihan dan aib rakyat untuk kepentingan politik sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKaedah ini bukan baharu. Ia pernah digunakan ketika menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Kini, ironi apabila BN yang kini berada dalam blok pembangkang turut terikut-ikut dengan pendekatan yang sama. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Bahkan, kelihatan seperti sedang \u2018bermesra\u2019 dengan bekas seteru politik mereka,\u201d katanya merujuk kepada insiden baru-baru ini di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) yang dijadikan bahan politik oleh pihak tertentu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut mengulangi seruannya kepada rakyat Sabah agar tidak tertipu buat kali kedua dengan retorik dan propaganda politik yang tidak berlandaskan fakta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSudah tiba masanya untuk kita memperkukuhkan momentum sokongan kepada parti-parti tempatan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berpaksikan nilai dan aspirasi rakyat Sabah,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Aksyah menyifatkan serangan berterusan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan pimpinan GRS sebagai satu bentuk \u201cpembunuhan karektor\u201d oleh pembangkang yang kehabisan modal politik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMereka memanipulasi data, memperlekeh penampilan serta mencipta persepsi negatif yang tidak berasas. Ini mencerminkan betapa rendahnya mutu politik yang dibawa oleh pembangkang,\u201d katanya lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut mengingatkan rakyat bahawa kualiti kepimpinan boleh diukur daripada cara mereka menghadapi tekanan dan fitnah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cImam Al-Ghazali pernah berpesan \u2013 pilihlah pemimpin yang dihujani panah fitnah, kerana itulah petanda mereka berada di jalan yang benar,\u201d katanya sambil merujuk kepada kesungguhan Hajiji dan barisan GRS-PH Plus yang kekal fokus dalam menjalankan amanah tanpa melayani tohmahan liar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Aksyah turut menyeru rakyat Sabah agar terus menyokong pemimpin yang berintegriti dan berkhidmat dengan tenang demi kemajuan negeri.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Bekas Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Aksyah Nasrah, menyelar tindakan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14912,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-29961","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29961","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29961"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29961\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29962,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29961\/revisions\/29962"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29961"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29961"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29961"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}