{"id":30084,"date":"2025-05-12T09:51:42","date_gmt":"2025-05-12T09:51:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30084"},"modified":"2025-05-12T09:51:42","modified_gmt":"2025-05-12T09:51:42","slug":"pimpinan-grs-tentukan-hala-tuju-gabungan-prn-sabah-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pimpinan-grs-tentukan-hala-tuju-gabungan-prn-sabah-hajiji\/","title":{"rendered":"Pimpinan GRS Tentukan Hala Tuju Gabungan PRN Sabah &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUNAK. : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghormati pandangan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah memastikan kestabilan politik di Sabah pada pertemuan mereka di Tawau, semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ia berkaitan hasrat PM selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mahu melihat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat bersama dengan PH dan Barisan Nasional (BN) dalam kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, GRS tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama, namun menjelaskan bahawa perkara itu perlu diputuskan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) gabungan berkenaan terlebih dahulu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0\u201cSaya berjumpa dengan Perdana Menteri dan kita amat menghormati pandangan serta nasihat beliau mengenai macam mana untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah kerana kalau stabil kita boleh maju dan melaksanakan pelbagai pembangunan untuk rakyat dan kita menghormati itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam konteks kerjasama, kita tiada masalah kerana kerajaan negeri hari ini adalah GRS-PH Plus. Tapi, apa pun keputusan kita pada PRN nanti, kita akan rujuk kepada Ahli Majlis Tertinggi GRS untuk memutuskan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTapi saya menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa di Sabah kita perlu melihat aspirasi tempatan untuk mewujudkan persefahaman politik untuk maju ke depan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Ketua Menteri: Membina Masa Depan Kunak, di Padang Pekan Kunak, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Hajiji mengulangi pendiriannya yang mahu GRS mengetuai cabaran kerajaan negeri bagi menghadapi PRN17.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beliau merasai kehendak rakyat negeri ini yang mahu supaya kerajaan negeri diketuai oleh parti tempatan, khususnya menerusi GRS selaku satu-satunya gabungan politik berasaskan parti tempatan di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pencapaian kerajaan negeri yang diketuai GRS ketika ini sudah terbukti, termasuk dari segi pembangunan ekonomi yang wajar terus ditingkatkan melalui mandat baharu daripada rakyat melalui PRN17 nanti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBanyak inisiatif kita laksanakan di seluruh Sabah yang cukup baik untuk masa depan bukan saja kepada pembangunan Sabah, tapi untuk membangunkan ekonomi kita keseluruhannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya bangga kerana kita mempunyai satu pasukan mantap dalam kerajaan dan rakyat memberikan sokongan padu. Kita mesti belajar daripada sejarah politik Sabah, kalau asyik gaduh, kita akan berpecah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAtas sebab itu saya mahu GRS menjadi ketua pada PRN nanti, saya merasai denyut nadi rakyat kepada kita. Aspirasi mereka mahukan supaya kerajaan diketuai oleh sebuah parti tempatan di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita jangan fikir lain lagi, kita mesti pastikan sokongan kepada kerajaan hari ini yang sudah kita nampak bukti pencapaiannya,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata pencapaian dilakar kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah berlaku dalam kerajaan terdahulu, antaranya Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS yang memberi banyak manfaat kepada Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, banyak yang diperolehi Sabah melalui perjanjian itu seperti 20 peratus pegangan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang dan projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) di Sipitang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBanyak yang kita dapat ini, ada lagi masih dirunding dengan PETRONAS, dulu mana ada. Kalau kita runding dengan baik, PETRONAS beri kita peluang majukan minyak dan gas di Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pencapaian kerajaan pimpinannya tetap menjadi keutamaan meskipun dirinya menjadi sasaran serangan fitnah, termasuk dianggap sebagai seorang pemimpin yang lemah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cWalaupun tiap hari difitnah, ada yang kata apa itu Hajiji lemah lembut, sentimental. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTapi belum tahu siapa Hajiji, tidak pandai takut, kita lawan kerana saya tahu rakyat di belakang GRS,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada majis itu, Hajiji turut mengumumkan penyerahan tanah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) sebagai sebagai rizab perkampungan bagi Kampung Kunak Jaya, Bagian dan Selamat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut mengumumkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM1.2 juta untuk membina kemudahan jeti di Kampung Pangkalan seperti disuarakan Norazlinah selaku wakil rakyat Kunak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut meminta rakyat Kunak supaya meneruskan sokongan kepada Norazlinah dan memastikan kemenangan GRS pada PRN17 demi kesinambungan pembangunan di daerah ini.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUNAK. : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghormati pandangan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30085,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30084","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30084","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30084"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30084\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30086,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30084\/revisions\/30086"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30084"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30084"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30084"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}