{"id":30130,"date":"2025-05-15T01:35:18","date_gmt":"2025-05-15T01:35:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30130"},"modified":"2025-05-15T01:35:18","modified_gmt":"2025-05-15T01:35:18","slug":"sabah-for-sabahan-bukan-sentimen-kenegerian-tetapi-aspirasi-rakyat-yang-tulus-aksyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-for-sabahan-bukan-sentimen-kenegerian-tetapi-aspirasi-rakyat-yang-tulus-aksyah\/","title":{"rendered":"\u201cSabah for Sabahan\u201d bukan sentimen kenegerian, tetapi aspirasi rakyat yang tulus &#8211; Aksyah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Slogan \u201cSabah for Sabahan\u201d bukanlah semboyan kenegerian sempit mahupun agenda perkauman seperti yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya ia adalah manifestasi aspirasi rakyat Sabah.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Bekas Timbalan Ketua Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Aksyah Nasrah berkata, mereka mahukan masa depan negeri ini diterajui oleh pemimpin serta parti tempatan memahami denyut nadi rakyat di bumi di bawah bayu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau menegaskan bahawa reaksi berlebihan pemimpin UMNO\/BN terhadap slogan ini memperlihatkan keengganan mereka menerima hakikat perubahan landskap politik Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSlogan ini hidup kembali bukan kerana ditiup api sentimen, tetapi kerana rakyat melihat keperluan untuk mempertahankan hak, maruah, dan masa depan Sabah daripada terus ditentukan oleh kuasa luar yang tidak memahami realiti di negeri ini,\u201d katanya dalam kenyataan di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Aksyah berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor tidak pernah melaungkan slogan tersebut secara rasmi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cNamun yang jelas, pendirian beliau bahawa GRS sebagai gabungan parti tempatan adalah penentu utama segala bentuk kerjasama politik di Sabah, adalah selari dengan semangat \u201cSabah for Sabahan\u201d.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cGRS adalah Kerajaan Negeri yang sah. Maka sebarang rundingan atau kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) sepatutnya berteraskan kepada kekuatan GRS dan aspirasi rakyat, bukan ditentukan oleh pusat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau turut melahirkan rasa hairan bagaimana pengumuman kerjasama PH-BN pusat langsung tidak mengambil kira kedudukan GRS sebagai Kerajaan Negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cBagaimana mungkin rundingan penting seperti ini dibuat tanpa melibatkan \u2018tuan rumah\u2019? Bukankah GRS yang memegang tampuk kuasa di Sabah? Ini jelas menggambarkan betapa ada pihak luar yang cuba merangka masa depan negeri ini tanpa sensitiviti kepada realiti politik tempatan,\u201d ujar beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Mengulas cabaran awal oleh beberapa pemimpin UMNO Sabah agar Ketua Menteri membubarkan DUN jika beliau \u2018anak jantan\u2019, Aksyah menyifatkan kenyataan itu sebagai provokasi kosong yang kemudian disusuli dengan tindakan \u201cU-turn\u201d apabila Presiden UMNO sendiri mencadangkan idea \u2018Grand Coalition\u2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cAwalnya kelihatan gagah seperti kokokan ayam jantan, tetapi akhirnya menjadi Ayam Serama \u2013 comel tapi tak berani. Idea Grand Coalition itu sendiri hanya muncul setelah terkesan dengan kekuatan pengaruh slogan \u2018Sabah for Sabahan\u2019,\u201d katanya sinis.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Aksyah berkata, beliau maklum bahawa ramai pemimpin BN Sabah tidak berminat menjalin kerjasama dengan GRS dan begitu juga sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJika dua pihak tidak sepakat, usahlah dipaksa berkahwin. Kahwin paksa biasanya berakhir dengan \u2018sad ending\u2019. Biarlah kita bertanding secara terbuka dan sihat. Ini lebih jujur, lebih bersih dan lebih matang,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau turut menegaskan bahawa ramai ahli akar umbi GRS masih belum melupakan trauma Peristiwa Langkah Kinabalu, manakala di pihak BN pula masih wujud perasaan curiga terhadap GRS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurut Aksyah, slogan ini bukan bermaksud menolak Kerajaan Persekutuan, sebaliknya menuntut agar Sabah diberi ruang mengurus sendiri hal ehwal dalaman dengan lebih bebas, demi kestabilan politik dan pembangunan ekonomi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJika politik Sabah stabil, maka hubungan dengan Kerajaan Persekutuan juga akan lebih stabil. Rakyat Sabah bukan menolak, tetapi mahu dihormati,\u201d ujarnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Aksyah menegaskan bahawa PRN17 kali ini adalah medan yang akan menentukan hala tuju sebenar legasi Sabah Maju Jaya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Slogan \u201cSabah for Sabahan\u201d bukanlah semboyan kenegerian sempit mahupun agenda perkauman seperti yang digambarkan sesetengah pihak, sebaliknya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14912,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-30130","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30130","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30130"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30130\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30131,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30130\/revisions\/30131"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30130"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30130"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30130"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}