{"id":30181,"date":"2025-05-18T01:26:51","date_gmt":"2025-05-18T01:26:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30181"},"modified":"2025-05-18T01:31:31","modified_gmt":"2025-05-18T01:31:31","slug":"jika-khairuddin-yakin-analisanya-lebih-tepat-saya-mempelawa-berdebat-secara-terbuka-kata-dr-ramzah-dambul","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jika-khairuddin-yakin-analisanya-lebih-tepat-saya-mempelawa-berdebat-secara-terbuka-kata-dr-ramzah-dambul\/","title":{"rendered":"\u201cJika Khairuddin Yakin Analisanya Lebih Tepat, Saya Mempelawa Berdebat Secara Terbuka,\u201d Kata Dr. Ramzah Dambul"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Menilai prestasi Kerajaan Negeri hanya berdasarkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah pendekatan yang tidak menyeluruh sekali gus boleh mengelirukan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (Sabah) (IDS), Dr. Ramzah Dambul berkata, walaupun KDNK menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti ekonomi dalam negeri, ia tidak mencerminkan agihan kekayaan dan tidak semestinya mencerminkan kecekapan urus tadbir Kerajaan Negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beliau menjelaskan bahawa KDNK hanyalah petunjuk kepada saiz ekonomi secara kasar serta tidak mengambil kira faktor keadilan agihan atau kesejahteraan rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cData menunjukkan jurang ketidaksamarataan di Sabah telah menurun daripada indeks 0.396 pada 2019 kepada 0.390 menjelang 2022.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni mencerminkan agihan ekonomi yang lebih seimbang walaupun nilai KDNK tidak mencatat rekod baharu,\u201d katanya dalam kenyataan di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr. Ramzah menjelaskan KDNK lebih dipengaruhi oleh sektor swasta dan jaringan ekonomi Persekutuan, berbanding faktor dalaman negeri seperti dasar atau strategi kerajaan tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cOleh itu, lebih wajar untuk menilai kecekapan pentadbiran negeri melalui kutipan hasil dan simpanan negeri yang mampu menunjukkan tahap autonomi kewangan, kecekapan pungutan dan amalan urus tadbir berhemah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPrestasi Kerajaan Negeri dalam menjana hasil juga mencerminkan keupayaan melaksanakan projek pembangunan serta inisiatif kebajikan yang memberi kesan terus kepada kesejahteraan rakyat,\u201d jelas Dr. Ramzah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, kadar pengangguran perlu dianalisis secara lebih teliti berdasarkan trend dan tandasukat pemula, memandangkan ia adalah isu dinamik yang sentiasa berubah mengikut situasi pasaran buruh dan faktor luar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau memetik data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan trend pengangguran meningkat dari 5.6% pada 2017 (semasa pentadbiran BN) kepada 5.8% pada 2018 dan 2019 di bawah Warisan, sebelum melonjak ke 8.0% dan 8.2% semasa era pandemik 2020-2021.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, selepas pandemik, kadar pengangguran Sabah menunjukkan penurunan beransur-ansur kepada 7.7% pada 2022 dan 7.5% pada 2023, walaupun angka tidak rasmi 2024 mencatatkan 7.9%.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni yang saya maksudkan dengan menganalisis trend. Jangan lihat pada angka mutlak semata-mata. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cWarisan bermula dengan kadar pengangguran 5.6% dan berakhir dengan 5.8%. GRS++ bermula dengan 8.2% selepas pandemik dan menurun kepada 7.9%,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, Sabah berdepan cabaran unik kerana terasing dari ekosistem buruh nasional, menyebabkan pasaran kerja tempatan lebih terdedah kepada kesan faktor global dan domestik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr. Ramzah juga membidas tuduhan bahawa IDS diperalat oleh Kerajaan GRS-PH untuk mempertahankan dasar-dasar tertentu, sebaliknya menegaskan beliau hanya memberi pandangan berdasarkan kapasiti sebagai penyelidik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya dihubungi wartawan dan diminta memberi reaksi kepada kenyataan Presiden Warisan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApa yang saya nyatakan adalah analisis data ekonomi, bukan sanggahan politik,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan bahawa analisis yang dibentangkannya bersifat objektif dan bebas dari pengaruh politik, serta terbuka kepada perbezaan pandangan asalkan berasaskan data dan hujah yang sahih.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKalau Sdra. Khairuddin yakin bahawa analisisnya lebih tepat dan objektif, saya mempelawa beliau atau wakilnya untuk berdebat secara terbuka di hadapan rakyat Sabah. Biar mereka menilai sendiri,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Dr. Ramzah, IDS sebagai institusi penyelidikan berkecuali sentiasa berpandukan prinsip ketelusan, integriti dan ketepatan data dalam setiap kenyataan dan laporan yang dikeluarkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut mengingatkan bahawa perdebatan berasaskan data dan fakta lebih bermanfaat untuk rakyat, berbanding memperalatkan sentimen politik tanpa memahami konteks sebenar isu ekonomi negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai penyelidik, saya diajar untuk meneliti bagaimana setiap pembolehubah ekonomi berfungsi, bukan sekadar membaca angka di permukaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita menyeru semua pihak untuk mengutamakan perbincangan berfakta dan objektif dalam menilai prestasi pentadbiran negeri, agar perbahasan dasar ekonomi dapat memberi manfaat kepada rakyat,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Menilai prestasi Kerajaan Negeri hanya berdasarkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah pendekatan yang tidak menyeluruh&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30183,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30181","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30181","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30181"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30181\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30182,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30181\/revisions\/30182"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30183"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30181"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30181"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30181"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}