{"id":30224,"date":"2025-05-19T22:21:37","date_gmt":"2025-05-19T22:21:37","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30224"},"modified":"2025-05-19T22:21:37","modified_gmt":"2025-05-19T22:21:37","slug":"nizam-tempelak-suhaimi-desak-jawab-isu-berkaitan-dana-rm7-5-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/nizam-tempelak-suhaimi-desak-jawab-isu-berkaitan-dana-rm7-5-bilion\/","title":{"rendered":"Nizam Tempelak Suhaimi, Desak Jawab Isu Berkaitan Dana RM7.5 Bilion"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">TAWAU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan membalas kenyataan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir sekali gus menyifatkan reaksi beremosi pemimpin UMNO itu sebagai tanda kegelisahan terhadap kebenaran yang didedahkannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, kenyataan Suhaimi yang menyerangnya secara peribadi membuktikan wujud kegagalan untuk membezakan antara fakta dan sentimen politik lapuk.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada atuk Suhaimi Nasir kerana masih sempat memerhatikan pergerakan saya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cTernyata nama saya cukup kuat untuk memanggil beliau keluar dengan nada marah-marah dan penuh emosi, satu tanda bahawa kebenaran itu, walau pahit, tetap mengganggu ketenangan mereka yang berkepentingan,\u201d katanya dalam kenyataannya di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau menyifatkan gesaan Suhaimi agar beliau \u2018bercermin diri\u2019 sebagai tidak lebih daripada retorik politik, sambil menyindir bahawa \u201ccermin yang digunakan mungkin retak\u201d sehingga hanya menampakkan \u201cbayang-bayang dendam politik lama\u201d.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Nizam meeupqkan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu, beliau tidak pernah menafikan penglibatannya dalam kerajaan terdahulu, malah tidak berselindung tentang rekod perkhidmatannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cBezanya, saya tidak muncul selepas dua dekad diam lalu mendakwa suci seperti kain putih. Saya terus bekerja dan kekal bersama rakyat, bukan hanya menjelma apabila ingin menabur persepsi,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Mengulas dakwaan Suhaimi yang mengaitkan beliau dengan parti Umno, Nizam menegaskan bahawa pemikiran seperti itu adalah warisan politik usang yang menganggap jawatan sebagai hasil belas ihsan parti, bukannya mandat rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSaya doakan beliau cepat pulih daripada perangkap nostalgia itu,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Nizam turut menegur Suhaimi kerana menyerang dirinya secara terbuka tetapi pada masa sama tersasul menyentuh rakan-rakan kabinet kerajaan negeri sekarang yang turut terlibat dalam usaha memperbetulkan kesilapan pentadbiran lampau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni adalah contoh meludah ke langit yang paling tepat,\u201d katanya sinis.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau juga sekali lagi mengulangi persoalan yang sehingga kini belum dijawab sepenuhnya oleh pihak-pihak berkaitan, iaitu berhubung dana RM7.5 bilion yang sepatutnya digunakan bagi membangunkan kemudahan asas di Sabah ketika era pemerintahan UMNO.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSoalan ini masih belum dijawab tuntas, dan setakat ini hanya dijawab dengan emosi, bukan data,\u201d tegas beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurut Nizam, Sabah tidak memerlukan ahli politik yang cepat tersinggung apabila dikritik, sebaliknya memerlukan pemimpin yang sanggup bekerja dalam diam dan menjawab kritikan dengan hasil, bukannya retorik dan sindiran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cAkhir kata, saya ucapkan selamat maju jaya kepada Suhaimi. Jika benar beliau dan kepimpinan UMNO Sabah hari ini mahu berubah dan tidak lagi terbeban dengan dosa-dosa lama, maka mulakanlah dengan menyumbang, bukan menyerang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSeandainya ingin berdrama, pastikan skripnya logik dan wataknya tidak bercanggah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Kenyataan pedas itu dikeluarkan susulan kenyataan Suhaimi baru-baru ini yang menyeru Nizam untuk melihat semula sumbangan dan peranannya dalam pentadbiran kerajaan negeri, serta mengingatkan agar tidak melupakan jasa UMNO dalam membentuk kerjaya politiknya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan membalas kenyataan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30013,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-30224","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30224","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30224"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30224\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30225,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30224\/revisions\/30225"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}