{"id":30312,"date":"2025-05-24T09:46:20","date_gmt":"2025-05-24T09:46:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30312"},"modified":"2025-05-24T09:46:20","modified_gmt":"2025-05-24T09:46:20","slug":"tabs-perlu-kekalkan-prestasi-baik-dalam-malaysia-borneo-football-cup-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tabs-perlu-kekalkan-prestasi-baik-dalam-malaysia-borneo-football-cup-2025\/","title":{"rendered":"TABS Perlu Kekalkan Prestasi Baik Dalam Malaysia Borneo Football Cup 2025"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Sulaiman Mohd Noor mengingatkan para jurulatihnya agar mengekalkan prestasi baik dalam Malaysia Borneo Footbal Cup 2025 di sini pada September ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, mereka mesti membentuk pasukan yang terbaik supaya momentum tersebut bukan sahaja dapat dipertahankan namun dalam masa sama memiliki keazaman untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan ke tahap lebih baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, tambahnya, ia boleh direalisasikan dengan memilih pemain-pemain yang mempunyai kualiti dan mampu bersaing dengan lawan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Perlu diingat penyertaan dalam kejohanan ini membabitkan pasukan-pasukan dari luar negara. Justeru, kita perlu mengemukakan pemain-pemain yang berbakat,&#8221; katanya pada mesyuarat persiapan menghadapi kejohanan itu, semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir timbalan pengerusi, Lokman Sunggim, naib pengerusi, S.A Ramlye, setiausaha, Amsir Abdullah, ahli jawatankuasa, Amirhad Yunus dan Nurhafiza Badar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Sulaiman, prestasi pasukan TABS tahun lalu boleh dianggap memberangsangkan kerana mampu memenangi naib juara bagi kategori umur B15 tahun dan tempat ketiga bagi kategori B16 selain pasukan-pasukan lain turut memberi persaingan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menambah, pihak penganjur juga telah memperkenalkan kategori baru iaitu B18 tahun ini di mana TABS akan mengambil bahagian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita sedang menyediakan pemain untuk kategori umur ini dan berharap kita mampu memberi saingan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini bermakna secara keseluruhan TABS akan mengemukakan tujuh kategori iaitu B11, B12, B13, B14, B15, B16 dan B18 dalam kejohanan itu tahun ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusi TABS itu turut mengumumkan pelantikan jurulatih untuk mengendalikan pasukan masing-masing nanti &#8211; Rosly Jamal (B18), Hasan Madisah\/Rosly (B16), Malim Surat (B15), Ismail Tudiki (B14), Ahmad Ibrahim (B13), Sahrizal Wahimin (B12) dan Hamizam Ismail dan Rayzonaz Malim (B11).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ketika ini, jurulatih terbabit sedang menyediakan pasukan termasuk melakukan pemilihan pemain. Kita memberi tempoh sehingga akhir bulan Jun untuk mereka memuktamadkan senarai pemain,&#8221; ujarnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Sulaiman Mohd Noor mengingatkan para jurulatihnya agar mengekalkan prestasi baik dalam Malaysia Borneo&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30313,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-30312","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30312","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30312"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30312\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30314,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30312\/revisions\/30314"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30313"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30312"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30312"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30312"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}