{"id":30341,"date":"2025-05-27T05:24:32","date_gmt":"2025-05-27T05:24:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30341"},"modified":"2025-05-27T05:24:32","modified_gmt":"2025-05-27T05:24:32","slug":"perkhidmatan-feri-kk-labuan-lonjak-aktiviti-ekonomi-dan-pelancongan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/perkhidmatan-feri-kk-labuan-lonjak-aktiviti-ekonomi-dan-pelancongan-hajiji\/","title":{"rendered":"Perkhidmatan feri KK-Labuan: Lonjak aktiviti ekonomi dan pelancongan &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Perkhidmatan feri penumpang antara Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan kini kembali beroperasi selepas beberapa tahun terhenti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ini sekali gus memperkukuh jaringan pengangkutan laut dan membuka semula laluan penting kepada mobiliti rakyat serta perkembangan ekonomi rentas wilayah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pengoperasian semula laluan ini bukan hanya satu langkah logistik, tetapi juga isyarat jelas keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di Sabah dan Labuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPerkhidmatan ini amat penting kepada rakyat. Ia bukan sekadar laluan perhubungan, tetapi penghubung kekeluargaan, pendidikan, pelancongan dan perniagaan yang telah terjalin sejak sekian lama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGangguan perkhidmatan yang berlaku sebelum ini disebabkan beberapa faktor seperti struktur jeti yang tidak selamat, penarikan subsidi minyak kepada pengusaha serta kesan pandemik COVID-19, yang mengganggu kesinambungan mobiliti rakyat,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, sebagai langkah penyelesaian segera, terminal feri dipindahkan dari Jesselton Point ke Pelabuhan Kota Kinabalu, dengan pengurusan operasi kini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pelabuhan Kota Kinabalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Projek ini turut menerima peruntukan RM1.3 juta daripada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi kerja-kerja penambahbaikan,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, perkhidmatan feri ini dijangka memberi impak positif terhadap sektor pelancongan negeri, terutama menjelang Tahun Melawat Sabah 2026.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ia juga membuka peluang baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara Sabah dan Labuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHubungan antara Sabah dan Labuan tidak hanya terbatas kepada aspek geografi, tetapi turut mencakupi sejarah, budaya dan hubungan sosial yang mendalam, menjadikan laluan ini sangat signifikan kepada rakyat kedua-dua wilayah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, kembalinya oeprasi semula perkhidmatan ini, rakyat kini mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan \u2013 sama ada menggunakan laluan udara, jalan darat ke Menumbok atau terus melalui feri ekspres dari Kota Kinabalu ke Labuan seperti sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, pelancaran ini menandakan permulaan kepada satu rangka kerja pengangkutan laut yang lebih kukuh, cekap dan lestari, sesuai dengan aspirasi negeri untuk menyediakan kemudahan mesra rakyat dan mesra alam kepada generasi akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri komited untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir akibat kekangan logistik, dan pembangunan infrastruktur akan terus dipacu demi kemajuan inklusif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemoga jeti dan perkhidmatan feri ini menjadi jambatan yang menghubungkan bukan sahaja wilayah, tetapi juga silaturahim, peluang ekonomi dan harapan masa depan rakyat,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Perkhidmatan feri penumpang antara Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan kini kembali beroperasi selepas beberapa tahun terhenti&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30342,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30341","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30341","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30341"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30341\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30343,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30341\/revisions\/30343"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}