{"id":30347,"date":"2025-05-27T23:58:44","date_gmt":"2025-05-27T23:58:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30347"},"modified":"2025-05-27T23:59:19","modified_gmt":"2025-05-27T23:59:19","slug":"belia-menjadi-pemangkin-kepada-hala-tuju-sabah-maju-jaya-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/belia-menjadi-pemangkin-kepada-hala-tuju-sabah-maju-jaya-hajiji\/","title":{"rendered":"Belia Menjadi Pemangkin Kepada Hala Tuju Sabah Maju Jaya &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU : Pembangunan belia menjadi salah satu keutamaan dalam pelaksanaan dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sekali gus selari dengan kerangka Ekonomi MADANI di peringkat nasional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, golongan belia bukan sahaja memainkan peranan sebagai penerima manfaat dasar, malah merupakan agen perubahan dan tenaga penggerak kepada pembangunan negeri yang berdaya tahan dan inklusif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPembangunan ekonomi belia bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik. Belia adalah nadi masa depan yang akan mengemudi hala tuju negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJusteru, mereka perlu diberikan ruang, latihan serta peluang untuk menyumbang secara aktif kepada kemajuan Sabah,\u201d katanya di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM101.49 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi tahun 2025 untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan belia dan sukan, termasuk RM16.75 juta khusus untuk pembangunan modal insan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, pelbagai program diperkenalkan bagi memastikan belia Sabah bersedia menghadapi cabaran semasa dan masa depan, termasuk Program Felo Sabah Maju Jaya yang memberi pendedahan langsung kepada dasar dan pentadbiran kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cMelalui program ini, belia akan dibentuk bukan hanya dari sudut pengetahuan tetapi juga dari segi kepimpinan dan nilai kenegaraan, supaya mereka boleh menyumbang secara berkesan dalam pembangunan negeri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau turut menyentuh pelaksanaan program keusahawanan seperti Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) yang menyediakan geran, latihan dan bimbingan kepada belia yang ingin menceburi bidang perniagaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, pembangunan ekonomi Sabah perlu dilihat dalam konteks penglibatan belia secara langsung, khususnya dalam sektor pelancongan, pertanian dan perikanan yang merupakan fokus utama SMJ.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPotensi besar yang dimiliki negeri ini perlu diterjemahkan menjadi peluang sebenar untuk rakyat, terutama belia. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKerajaan akan terus menyediakan pelbagai inisiatif dan insentif agar golongan muda tidak hanya menjadi pemerhati tetapi pelaku utama ekonomi negeri,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji turut memuji penganjuran forum itu yang bukan sahaja menjadi medan perbincangan, tetapi juga mencipta ruang kerjasama rentas sektor untuk memperkukuh usaha membangunkan belia secara menyeluruh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau percaya pendekatan bersama melalui sinergi pelbagai pihak akan memastikan bakat dan potensi belia Sabah dapat digilap secara optimum.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni sekali gus menyumbang kepada agenda pembangunan negeri membabitkan kerjasama erat antara Kerajaan dan masyarakat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSecara tidak langsung bagi memastikan aspirasi belia dapat diterjemah menjadi dasar yang membawa impak kepada komuniti akar umbi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSaya percaya, dengan semangat Sabah Maju Jaya dan prinsip Ekonomi MADANI, belia Sabah mampu membina masa depan yang lebih progresif, seimbang dan berdaya saing,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji turut menyarankan agar program seumpama forum ekonomi belia dapat dilaksanakan di daerah-daerah lain di seluruh Sabah agar suara belia luar bandar turut didengar dan diangkat.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pembangunan belia menjadi salah satu keutamaan dalam pelaksanaan dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sekali gus&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30348,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30347","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30347","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30347"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30347\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30349,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30347\/revisions\/30349"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30348"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30347"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30347"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30347"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}