{"id":30391,"date":"2025-05-29T08:27:04","date_gmt":"2025-05-29T08:27:04","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30391"},"modified":"2025-05-29T08:27:04","modified_gmt":"2025-05-29T08:27:04","slug":"grs-hargai-ph-plus-sebagai-rakan-strategik-demi-kestabilan-politik-sabah-aksyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/grs-hargai-ph-plus-sebagai-rakan-strategik-demi-kestabilan-politik-sabah-aksyah\/","title":{"rendered":"GRS Hargai PH-Plus Sebagai Rakan Strategik Demi Kestabilan Politik Sabah &#8211; Aksyah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil langkah strategik untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Plus dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bekas Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah berkata, ini sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang diberikan dalam mengekalkan kestabilan politik negeri itu sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, keputusan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana GRS tidak pernah secara rasmi mengumumkan akan bertanding secara solo dalam PRN akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerjasama ini adalah manifestasi balas budi kepada pemimpin PH-Plus yang tetap menyokong Kerajaan GRS selepas insiden \u2018Langkah Kinabalu\u2019 yang mencetuskan ketidaktentuan politik di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPengumuman awal Sekretariat PH-BN Pusat untuk membentuk kerjasama menghadapi PRN Sabah mencetuskan persepsi GRS diketepikan, sekali gus memaksa GRS menilai semula kedudukannya dan mempertimbangkan untuk bertanding secara solo,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Aksyah berkata, perkara ini turut membakar semangat slogan Sabah for Sabahan sekali gus adalah tidak wajar apabila pembangkang mempersendakan kenyataan Hajiji serta menuduh beliau tidak berani bertindak sendirian. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSusulan pengumuman itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim (PMX) turun ke Sabah untuk mengadakan pertemuan bersama Hajiji, bagi membincangkan semula jajaran kerjasama antara GRS dan PH-Plus menjelang PRN.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPembangkang cuba mewujudkan persepsi kononnya berlaku perpecahan dalam GRS, hanya kerana wujud perbezaan pandangan antara sesetengah pemimpin parti berhubung kerjasama pilihan raya,\u201d jelas Aksyah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, sebagai parti yang matang dan berpengalaman, GRS menghormati perbezaan pandangan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bukan petanda perpecahan, sebaliknya satu tradisi demokrasi dalaman yang memperkukuh parti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKenyataan Presiden UMNO baru-baru ini menegaskan hanya ada satu nakhoda di Sabah merupakan satu kenyataan membayangkan wujud pergolakan dalaman dalam UMNO\/BN sendiri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menyeru penyokong dan ahli GRS agar terus mendukung keputusan pimpinan parti demi kekuatan gabungan menjelang PRN akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHakikatnya, tanpa sokongan PH-Plus, GRS mungkin tidak akan menjadi parti yang memimpin kerajaan negeri hari ini. Maka, menghargai sumbangan mereka adalah tindakan wajar,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil langkah strategik untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Plus dalam menghadapi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14912,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-30391","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30391","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30391"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30392,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30391\/revisions\/30392"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}