{"id":30417,"date":"2025-05-31T02:25:52","date_gmt":"2025-05-31T02:25:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30417"},"modified":"2025-05-31T02:25:52","modified_gmt":"2025-05-31T02:25:52","slug":"paras-air-tidak-konsisten-jejaskan-bekalan-ke-kampus-ums-abdul-rahman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/paras-air-tidak-konsisten-jejaskan-bekalan-ke-kampus-ums-abdul-rahman\/","title":{"rendered":"Paras Air Tidak Konsisten, Jejaskan Bekalan ke Kampus UMS \u2013 Abdul Rahman"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Paras air di Tangki R13 yang dikendalikan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sering berada di bawah tahap minimum, menyebabkan gangguan kepada sistem bekalan air ke dalam kampus universiti itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pemantauan berkala oleh pasukan teknikal universiti mendapati paras air di tangki berkenaan tidak konsisten dan tidak berada pada tahap optimum untuk pengepaman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pada waktu tertentu paras air berada di bawah tahap minimum sekali gus menyukarkan operasi pengepaman ke sistem bekalan dalaman kampus. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBukti bergambar serta data paras air telah direkodkan dan boleh dikemukakan kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk rujukan lanjut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cWalaupun JANS memaklumkan sebanyak 34 juta liter air disalurkan setiap hari ke Tangki R13, bekalan itu tidak diperuntukkan secara eksklusif kepada UMS,\u201d katanya dalam kenyataan di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Rahman merupakan Timbalan Ketua UMNO Sabah berkata, tangki ini turut menyalurkan air kepada kawasan utara Kota Kinabalu yang sedang pesat membangun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni termasuk Sepanggar, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), taman-taman perumahan dan Hospital Likas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUMS menghadapi kesukaran mengepam air dari tangki berkenaan ke kampus, terutamanya ketika waktu puncak disebabkan bekalan tidak mencukupi,\u201d jelas Rahman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, keadaan ini menjejaskan keupayaan UMS untuk menyalurkan air secara berkesan ke seluruh kawasan kampus khususnya kolej kediaman pelajar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUMS mempunyai tiga unit pam yang masih berfungsi dengan baik walaupun telah digunakan sekian lama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBuktinya sehingga hari ini jika aras air dalam tangki R13 mencukupi untuk dipam, proses pengepaman bekalan air ke UMS tidak bermasalah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan jadi masalah air di UMS ini bukan disebabkan oleh sistem pam UMS yang tidak efektif, tetapi kerana paras air dalam tangki R13 tidak mencukupi untuk di pam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUMS dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya Sabah kerja-kerja penyambungan paip dari Loji Rawatan Air Telibong 2 Fasa 2 ke kawasan utara Kota Kinabalu dijangka siap dalam tempoh dua bulan akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya yakin apabila saluran air dari loji tersebut yang berkapasiti 80 juta liter sehari mula disalurkan, isu gangguan bekalan air di UMS akan dapat diselesaikan,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Paras air di Tangki R13 yang dikendalikan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sering berada di bawah tahap&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30418,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30417","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30417","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30417"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30417\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30419,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30417\/revisions\/30419"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30417"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30417"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30417"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}