{"id":30458,"date":"2025-06-03T00:39:54","date_gmt":"2025-06-03T00:39:54","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30458"},"modified":"2025-06-03T00:43:21","modified_gmt":"2025-06-03T00:43:21","slug":"tangguh-kutip-cukai-sabah-sehingga-selesai-isu-kongsi-hasil-yong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tangguh-kutip-cukai-sabah-sehingga-selesai-isu-kongsi-hasil-yong\/","title":{"rendered":"Tangguh Kutip Cukai Sabah, Sehingga Selesai Isu Kongsi Hasil &#8211; Yong"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Kutipan cukai harus ditangguhkan di Sabah sehingga negeri itu menerima peruntukan penuh hasil bersih bersama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee berkata, Sabah masih tidak mendapat bahagian hasil yang diperuntukkan bawah Perlembagaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, geran khas RM600 juta daripada Putrajaya tahun ini, walaupun meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya, merupakan \u2018angka yang dipetik entah dari mana\u2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKami menyeru kerajaan persekutuan untuk menghormati hak 40% tanpa berlengah lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSehingga itu, penguatkuasaan cukai di wilayah ini harus dinilai semula, dijeda jika perlu, dan berpandukan perundingan dengan kerajaan Sabah dan organisasi perniagaan Sabah,\u201d katanya dalam kenyataan media di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Yong merupakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu juga mempersoalkan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenal pasti pembayar cukai tidak aktif di Sabah, yang menurutnya bukanlah pengelak cukai utama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, langkah menguatkuasakan pematuhan cukai ke atas peniaga-peniaga yang \u2018sudah pun bergelut dengan peningkatan kos, pemotongan subsidi dan penurunan kuasa beli\u2019 hanya akan memburukkan lagi kelemahan ekonomi dan merosakkan daya tahan ekonomi tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDBKK harus berhenti menyelaraskan dengan penguatkuasaan LHDN persekutuan manakala berbilion-bilion hutang kepada wilayah ini masih belum dibayar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDBKK harus berhenti memainkan peranan sebagai pemungut cukai persekutuan untuk memburu pembayar cukai yang tidak aktif,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Yong berkata, LHDN baru-baru ini mengumumkan telah mengutip RM5.7 bilion cukai dari Sabah tahun lepas, dan berharap dapat mengutip RM6.2 bilion pada tahun ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, jumlah itu bersamaan dengan purata RM6 bilion cukai dikutip dalam setahun, dengan 40% daripadanya bersamaan jumlah RM2.4 bilion.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTiada sebab langsung untuk kerajaan persekutuan menangguhkan pembayaran tahunan sekurang-kurangnya RM2 bilion kepada kerajaan Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, formula perkongsian hasil ini telah berdekad-dekad dipertikaikan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAhli politik Sabah selama ini menggesa kerajaan persekutuan agar menghormati hak Sabah ke atas 40% daripada jumlah melebihi hasil bersih yang diperoleh pada 1963.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cFormula ini tidak lagi digunakan sejak 1974, dengan kerajaan persekutuan membayar geran khas dengan jumlah yang meningkat kepada Sabah dan Sarawak,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, Sabah Law Society dibenar memulakan semakan kehakiman terhadap hak hasil negeri itu. Kes itu akan didengar pada 7 Julai.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kutipan cukai harus ditangguhkan di Sabah sehingga negeri itu menerima peruntukan penuh hasil bersih bersama. Bekas Ketua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30355,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30458","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30458","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30458"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30458\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30460,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30458\/revisions\/30460"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30355"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30458"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30458"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30458"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}