{"id":30612,"date":"2025-06-13T12:48:35","date_gmt":"2025-06-13T12:48:35","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30612"},"modified":"2025-06-13T12:48:35","modified_gmt":"2025-06-13T12:48:35","slug":"jangan-peralat-mahasiswa-untuk-agenda-politik-ardino-diris","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jangan-peralat-mahasiswa-untuk-agenda-politik-ardino-diris\/","title":{"rendered":"Jangan Peralat Mahasiswa untuk Agenda Politik \u2013 Ardino Diris"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Ardino Diris menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap semua wakil rakyat Sabah yang dikaitkan dengan satu dakwaan skandal sabotaj.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan, tindakan menggesa SPRM bertindak atas desakan tertentu adalah tidak wajar kerana badan tersebut merupakan institusi bebas yang berlandaskan prosedur siasatan dan tatacara perundangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAdalah tidak wajar untuk mana-mana pihak, termasuk kumpulan mahasiswa, mengarahkan SPRM bertindak atas dasar desakan atau tekanan politik. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;SPRM mempunyai mekanisme tersendiri dalam menjalankan siasatan dan tidak boleh dipengaruhi oleh sentimen luar,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Ardino, sebarang siasatan perlu dijalankan secara profesional tanpa tekanan politik kerana tindakan tergesa-gesa bukan sahaja menjejaskan kredibiliti SPRM, malah mencalar integriti sistem keadilan negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya campur tangan pihak berkepentingan dalam mempengaruhi kumpulan mahasiswa terbabit.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya amat risau kemungkinan kumpulan mahasiswa ini telah diperalat oleh pihak tertentu demi agenda politik. Jika benar, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan mencerminkan politik tidak matang,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ardino yang juga Bendahari Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk fokus kepada pembelajaran dan pembangunan diri, bukannya dijadikan alat bagi memenuhi kepentingan politik mana-mana pihak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam masa yang sama, beliau menasihati golongan mahasiswa supaya berfikir secara rasional dan tidak mudah dipengaruhi oleh hasutan pihak luar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMahasiswa perlu bijak menilai dan memahami bahawa mereka akan mempunyai peranan penting apabila tiba masanya nanti \u2013 iaitu melalui saluran sah dalam sistem demokrasi seperti pilihan raya,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut menyeru semua pihak agar sama-sama memelihara kebebasan akademik dan memastikan generasi muda tidak terheret dalam percaturan politik yang tidak sihat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mesti memastikan pelajar universiti kekal bebas, berfikir secara kritis dan tidak menjadi mangsa manipulasi politik sempit,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Ardino Diris menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30613,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-30612","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30612","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30612"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30612\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30614,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30612\/revisions\/30614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30613"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30612"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30612"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30612"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}