{"id":30659,"date":"2025-06-17T01:22:58","date_gmt":"2025-06-17T01:22:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30659"},"modified":"2025-06-17T01:22:58","modified_gmt":"2025-06-17T01:22:58","slug":"majlis-ekonomi-biru-sabah-ditubuh-platform-strategik-perkasa-agenda-ekonomi-biru-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/majlis-ekonomi-biru-sabah-ditubuh-platform-strategik-perkasa-agenda-ekonomi-biru-sabah\/","title":{"rendered":"Majlis Ekonomi Biru Sabah ditubuh, platform strategik perkasa agenda ekonomi biru Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU : Sabah melakar satu lagi langkah penting dalam agenda pembangunan mampannya apabila Majlis Ekonomi Biru Sabah (MEBS) secara rasmi ditubuhkan sebagai platform penyelarasan dan pelaksanaan dasar strategik ekonomi biru negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Penubuhan MEBS telah diluluskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah Siri 10 Tahun 2025, dan mesyuarat sulungnya telah diadakan di Menara Kinabalu hari ini, dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, MEBS diwujudkan sebagai usaha strategik Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan sektor ekonomi biru Sabah dilaksanakan secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cMelalui MEBS, kita akan menyelaras dasar-dasar utama, meluluskan program berimpak tinggi serta memantau pelaksanaan Kerangka Dasar dan Strategi Ekonomi Biru. Ia merupakan pendekatan bersepadu yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berdaya saing,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Ketua Menteri berkata, MEBS juga akan memacu pemindahan teknologi dan inovasi dalam sektor maritim, seiring keperluan pembangunan ekonomi moden yang menekankan kelestarian dan penerapan teknologi canggih.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, penubuhan MEBS merupakan langkah penting dalam memperkukuh kerjasama antara agensi Kerajaan, akademia, industri dan komuniti dalam usaha menjadikan Sabah sebagai peneraju utama ekonomi biru di rantau Asia Tenggara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIa mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk mengangkat potensi laut Sabah secara optimum, memperluas pelaburan dan menjamin kesejahteraan rakyat menerusi pembangunan yang lestari dan tahan lasak,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, dengan langkah ini, Sabah kini berada di landasan yang lebih kukuh dalam membina masa depan yang sejahtera berasaskan kemakmuran laut dan kekuatan ekonomi maritim.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dalam mesyuarat pertama ini, Hajiji turut menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan kepada lapan Ahli MEBS yang terdiri daripada barisan pimpinan tertinggi negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Mereka terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan; Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew; Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh; dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Datuk Jasmine Teo.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Selain itu, tujuh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal turut menerima watikah pelantikan untuk mengetuai pelbagai komponen teknikal MEBS, termasuk bidang penuaian sumber hidup, perniagaan laut, kesihatan laut, penjanaan sumber baharu, perancangan marin, harta intelek dan pengurusan sungai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Pelantikan ini melibatkan pegawai kanan daripada kementerian dan agensi teknikal utama negeri seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Pusat Biodiversiti Sabah dan Pejabat Hasil Bumi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Mereka akan mengemudi pelaksanaan dasar dari aspek teknikal dan pentadbiran, memastikan segala inisiatif berjalan lancar dan menyeluruh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) pula dilantik sebagai Urus Setia MEBS untuk menyelaras pelaksanaan keputusan majlis secara efektif dan strategik.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Sabah melakar satu lagi langkah penting dalam agenda pembangunan mampannya apabila Majlis Ekonomi Biru Sabah (MEBS) secara&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30660,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-30659","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30659","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30659"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30659\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30661,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30659\/revisions\/30661"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30660"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30659"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30659"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30659"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}